Harga minyak RON95 dan RON97 hari ini - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Harga minyak RON95 dan RON97 hari ini

Harga minyak ron95 turun

Harga minyak turun mulai 1 Januari 2015? Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi. Kerana dengan murah hati, kerajaan telah menurunkan harga minyak. Harga minyak turun sebanyak 35 sen mulai esok. Ia berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015 harga baru RON 95 dan RON 97 masing-masing RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter.  Manakala harga diesel turun 30 sen kepada RM1.93. seliter.


Faktor utama penurunan harga minyak disebabkan oleh perkembangan semasa pasaran harga kos produk dan faktor pertukaran mata wang bulan Disember telah mendorong kepada penurunan harga semasa minyak Malaysia. 

Kebiasaannya, pengumuman "harga minyak naik" akan mendorong seluruh rakyat berkenderaan terutama kereta untuk berpusu-pusu beratur mengisi minyak pada malam sebelum kenaikan harga minyak. Namun trend sudah berubah iaitu rakyat tidak akan mengisi minyak malam ini kerana menunggu keesokan harinya harga minyak turun

Sememangnya kita sangat beruntung kerana trend harga minyak semasa adalah di dalam kawalan harga semasa. Walaupun harga minyak turun namun masih berada jauh dari sasaran kita. Kenapa harga barang tidak turun? 


Lima tahun lepas, kalau awal pagi, selalu aku singgah warung kuih Mak Minah untuk membeli kuih dengan harga empat biji kuih seringgit tapi semenjak akhir-akhir ini harga kuih naik sekali ganda, satu biji kuih berharga 40 sen. Baru-baru ini aku singgah di satu pasar malam, terkejut apabila harga dua kuih popia berharga RM1.00. Memang tidak terkejut sangatlah tapi kalau popia tersebut diupgradekan dari segi saiz dan dipanjangkan sedikit, tiada masalah. Namun dengan rupa dan saiz yang sama seperti dulu, seketul popia berharga 50 sen? Ishk tidak logik dek akal.

Harga ron95 dan ron95

Sesungguhnya implikasi harga minyak naik memberi kesan yang buruk kepada ekonomi rakyat. Kerajaan harus sedar bahawa rakyat mengharapkan banyak program yang dilaksanakan oleh kerajaan benar-benar akan memberi manfaat kepada rakyat. Sikap terus berhati-hati hanyalah sesuai dilaksanakan seandainya negara benar-benar hilang punca pencarian terutama dalam 5 tahun lagi.


Kepercayaan rakyat masa kini sewajarnya dihargai bukannya diterokai. Dengan kekuatan Malaysia yang masih utuh di tangga ke 26 dunia negara terbesar penyimpan minyak petroleum dan Syarikat Petronas yang utuh di tangga ke 25 sebagai syarikat minyak terbesar dunia, negara mampu membina empayar yang lebih mantap, kalau tidak tiadalah orang melayu menaungi Litar Sepang dan Bangunan Berkembar KLCC lagi.

Diharap dengan penurunan harga minyak, ada pihak berwajib memantau harga-harga semasa barang runcit dan mentah. Ini kerana harga kuih sukar untuk dibendung lagi kerana ia lebih bersifat individu, memang sukar walau ada orang kata senang. Biasa dapat banyak takkan nak kurang pula. Diharap ada peniaga yang boleh memahaminya juga.

Berikut merupakan 10 negara harga minyak terendah dunia :-

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter


Berikut merupakan 13 negara paling banyak simpanan minyak dunia mengikut tong (billion)

1 Venezuela 298.4 tong 
2. Saudi Arabia 265.8 tong
3. Canada 175 tong
4. Iran 157.8 tong 
5. Iraq 144.2 tong
6. Kuwait 101.5 tong
7. UAE 97.8 tong
8. Libya 48.4 tong
9. Nigeria 37.1 tong
10. Qatar 25.2 tong
11. Algeria 12.2 tong
12. Angola 9.0 tong
13. Ecuador 8.8  tong

Harga minyak petrol hari ini

Berikut merupakan 25 syarikat minyak terkenal dunia

1. Saudi Aramco - 12.5 juta tong sehari
2. Gazprom - 9.7 juta tong sehari
3. National Iranian Oil Co. - 6.4 juta tong sehari
4. ExxonMobil - 5.3 juta tong sehari
5. PetroChina - 4.4 juta tong sehari
6. BP - 4.1 juta tong sehari
7. Royal Dutch Shell - 3.9 juta tong sehari
8. Pemex - 3.6 juta tong sehari
9. Chevron - 3.5 juta tong sehari
10. Kuwait Petroleum Corp. - 3.2 juta tong sehari
11. Abu Dhabi National Oil Co. - 2.9 juta tong sehari
12. Sonatrach - 2.7 juta tong sehari
13. Total - 2.7 juta tong sehari
14. Petrobras - 2.6 juta tong sehari
15. Rosneft - 2.6 juta tong sehari
16. Iraqi Oil Ministry - 2.3 juta tong sehari
17. Qatar Petroleum - 2.3 juta tong sehari
18. Lukoil - 2.2  juta tong sehari
19. Eni - 2.2  juta tong sehari
20. Statoil - 2.1  juta tong sehari
21. ConocoPhillips - 2 juta tong sehari
22. Petroleos de Venezuela - 1.9 juta tong sehari
23. Sinopec - 1.6 juta tong sehari
24. Nigerian National Petroleum - 1.4 juta tong sehari
25. Petronas - 1.4 juta tong sehari
0 Komentar untuk "Harga minyak RON95 dan RON97 hari ini"


Back To Top