Resepi Pizza Maggi Sedap - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Resepi Pizza Maggi Sedap

Cara masak pizza maggi


Bahan-bahan
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 biji bawang putih (dipotong dadu)
5 ketul nugget (potong kecil)
3 batang sosej (potong kecil)
1 bungkus Maggi Kari (direbus dan ditoskan)
Mayonise
Kicap Seasoning (Kalau tiada takpe)
Garam secukup rasa
Resepi Pizza maggi


Cara masak Pizza Maggi Sedap

1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak.

2. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng selama 3-5 minit dengan api sederhana. Kemudian diangkat

3. Kemudian goreng nugget dan sosej selamat 3-5 minit. Kemudian diangkat.

4. Seterusnya ambil sebekas mangkuk besar, pecahkan dan masukkan 3 biji telur, sedikit kicap seasoning (kalau ada), serbuk Maggi, sesudu besar Mayonis dan sedikit garam (secubit), Kacau semua sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi, bawang putih, merah, sosej dan nugget ke dalam mangkuk besar tadi. Kacau campuran tersebut.

6. Seterusnya masukkan maggi yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk tersebut, Kacau semua
sehingga sebati.


7. Panaskan kuali dan sedikit minyak. Masukkan semua campuran dalam mangkuk tadi ke dalam kuali. Buat bentuk bulat dan tutup kuali dengan penutup selama 3 minit dengan nyalaan api sederhana.

8. Kemudian terbalikkan pizza dalam kuali tersebut dengan teknik menggunakan pinggan. Hati-hati semasa ini, boleh menyebabkan bentuk pizza tersebut akan pecah.


9. Akhir sekali hidangkan dalam pinggan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Ianya sedap dimakan bersama cicah mayonis dan air teh O. Em.. pasti sedap, InsyaAllah.

1 Komentar untuk "Resepi Pizza Maggi Sedap"

Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)


Back To Top