Ingat lagi tak? Dulu dalam tahun 1980an, memang banyak terdapat cerita kombat Amerika. Cerita kombat yang berkisar kekuatan tentera Amerika di seluruh dunia. Kombat Amerika melawan Jerman, Kombat Amerika di Vietnam dan lain-lain lagi. Antara yang masih berlegar di ingatan, Tour Nam of Duty. Aku sangat berminat dengan cerita ini. Ia berkisarkan sekumpulan tentera Amerika, diantara enam hingga sepuluh orang diberi misi untuk ditunaikan sepenuhnya. Set penggambaran yang berkisarkan perang Amerika-Jerman secara bersiri. Sukar untuk aku lupakan apabila setiap misi yang diberikan walau sehebat mana dugaan dan cubaannya, akhir sekali kombat Amerika ini pasti berjaya mengharunginya.
Sehinggalah pertengahan 80an, filem kombat terkenal Rambo telah pecah panggung, Box Office. Dari beberapa hero kombat Amerika kini Rambo memperlihatkan hanya seorang wira yang sangat gagah yang dibintangi oleh Sylvester Stallone seorang Komando Amerika yang sangat berani membelasah tentera Vietnam dengan penuh kehebatan aksi perfileman.
Walaupun sehebat mana sejarah Vietnam membuktikan yang mereka telah mengalahkan Tentera Amerika dengan taktik gerilla hutan, namun sukar untuk Amerika menerima hakikatnya itu sehingga ia dimanipulasikan dalam filem Rambo tersebut.
Apa yang hendak dikongsikan ialah bagaimana membezakan antara realiti dan fantasi. Realiti adalah sesuatu yang boleh di perlihat atau disentuh, dirasai sama ada secara fizikal dan dilalui secara berhadapan atau perkara sebenar. Manakala fantasi adalah apa yang tidak boleh digapai dan hanya menjadi ingauan semata-mata.
Jadi apa yang hendak dikupas ialah mengenai kehebatan cerita Rambo dan Pasukan bola sepak Vietnam adalah melalui fasa yang berbeza tetapi filem tersebut menjadi contoh terbaik untuk mereka menjadi lebih hebat walau terpaksa membelakangi sejarah taktik gerila Vietnam. Mereka pada hari ini merupakan diantara negara membangun di belakang Malaysia. Namun kepesatan pembangunan dan ekonomi negara Vietnam boleh dikatakan berkembang lebih pesat berbanding negara kita. Biarpun harga kopi secawan di Vietnam masih dikatakan murah tanpa cukai tinggi dan GST serta terpaksa menggunakan serbuk kopi dan teh yang diimport dari luar negara, namun kegigihan Vietnam merencanakan pelbagai perkara berasaskan sumber manusia, haruslah dipuji.
Bila mana kita pernah mendahului mereka dalam pelbagai perkara namun pernah Vietnam mendahului Malaysia malahan berada lebih jauh terkehadapan berbanding Malaysia yang jauh membangun dalam beberapa perkara.
Mereka telah mencipta sejarah apabila pasukan bola sepak Vietnam telah berjaya menundukkan salah satu pasukan terkenal English Premier League dengan hanya bermain dengan sepuluh orang pemain (seorang pemain mereka dibuang padang kena kad merah). Ini sangat luar biasa.
Namun pada malam ini bersamaan 11 Disember 2014, segala cerita Rambo, First Blood atau Nam Tour Of Duty terpaksa dilupakan seketika apabila kekuatan dan keangkuhan pasukan bola sepak Vietnam telah dirobek oleh Harimau Malaya dengan penuh bergaya. Walaupun Vietnam sudah mencuba sebaik mungkin tetapi kelebihan memihak kepada Harimau Malaya.
Pertemuan Malaysia bertemu Vietnam telah memihak kepada kita pada separuh akhir kedua ini dengan kemenangan malam ini 4-2. Vietnam dengan kesebelasan yang sama minggu lepas banyak terlepas peluang dan telah memberi kemenangan mutlak dengan agregat 5-4 kepada Malaysia secara keseluruhannya. Nama pemain Harimau Malaya seperti Syafiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Muhyiddin dan Syukor Adan kembali dijulang selaku wira Malaysia (penjaring) pada malam ini.
Serangan bertali arus pihak lawan pada separuh masa kedua sedangkan Harimau Malaya nampak longlai keletihan telah menjadi saksi pada malam ini Harimau Malaya tetap ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014. Menanti di peringkat akhir nanti adalah Thailand, juara tiga kali Piala AFF Suzuki yang telah menewaskan Filipina dengan agregat 3-0 semalam.
Dengan keputusan penuh malam ini, perlawanan akhir menyaksikan pertemuan semula Malaysia vs Thailand pada 17 Disember 2014 di Bangkok dan 20 Disember 2014 di negara kita. Ayuh lupakan kekalahan tipis minggu lalu, Kami penyokong-penyokong setia Harimau Malaya sentiasa mendoakan agar Malaysia merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014, InsyaAllah.
1 Komentar untuk "Rambo Vietnam antara realiti dan fantasi"
Admin izin promo ya ^^
Yuk join sekarang dan pasang taruhan mu hanya di i0nqq*c0m
WA : +855 1537 3217 *Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)