Tips hantar fail sehingga 2GB secara PERCUMA - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Tips hantar fail sehingga 2GB secara PERCUMA

Tips dan panduan hantar fail besar guna emel

Bagaimana hendak selesaikan masalah attach fail besar melalui emel? Fail yang besar bersaiz 1 GB? 1 1/2 GB? Sebesar saiz DVD cerita pun boleh. Janji bawah 2 GB. Baiklah cara mudah untuk hantar fail besar melalui emel ada di sini. Memang mudah tak payah susah-susah nak subscribe. Guna yang percuma sahaja.



Baiklah cara hantar fail besar ini tidak melalui emel tetapi akan dikepilkan salinan kepada emel pengirim nanti (emel kita). Maksima dokumen yang boleh dihantar adalah 2 GB pada satu masa. Boleh hantar lagi sekiranya banyak dokumen yang hendak dihantar. Andai fail kita lebih besar dari itu, katakan 7 GB maka kaedah split terpaksa digunakan untuk memecahkan fail-fail tersebut kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Tetapi untuk kali ini saya akan tunjukkan bagaimana cara hantar dokumen yang berkapasiti maksima 2 GB sahaja. Klik di sini.


Baiklah berikut langkah hantar fail besar kepada emel kawan dan sebagainya.

Panduan hantar fail besar ke emel lain
Cari butang "+ Add Files"

Cari butang "+ Add Files". Klik butang tersebut.

Bagaimana hantar fail besar melalui emel

Klik dan pilih dokumen yang hendak dihantar. Masukkan nama penerima emel di bahagian Recipient's Email dan masukkan emel anda di bahagian Your Email. Tuliskan pesanan ringkas (jika perlu) di bahagian Message (optional) dengan cara klik butang Message (optional) [+]. Akhir sekali tekan butang Send File.

TIps hantar fail besar melalui emel

MaibigFile akan menghantar 1 salinan fail yang telah berjaya dihantar kepada emel anda. Sekian, selamat mencuba.


0 Komentar untuk "Tips hantar fail sehingga 2GB secara PERCUMA"


Back To Top