Sebalik tabir Wawasan 2020 - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Sebalik tabir Wawasan 2020


Agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum telah bersatu hati berkongsi kepimpinan bersama di bawah pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri dan diketuai oleh Yang Dipertuan Agong sepakat untuk memacu kemajuan Malaysia berlandaskan kepimpinan Islam. Dari sebuah negara yang dikenali sebagai Tanah Melayu, kini kita berbangga menjadi salah satu negara membangun yang pesat untuk mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahatihir, Perdana Menteri Malaysia ke-4. 



Sungguhpun demikian setiap rakyat di negara kita bebas beragama seperti termaktub dalam perlembagaan negara. Namun terdapat segelintir berkepentingan menjadikan isu kebebasan beragama di negara kita ini sebagai satu sentimen. Mereka sanggup mempersoalkan kewibawaan beberapa Institusi Perlembagaan dan badan pelaksana undang-undang negara. Kita tidak mahu anasir negatif ini terus menular lalu merencatkan pelbagai program negara kita. Oleh sebab itu,  kewajipan setiap kita melaporkan setiap kejadian yang tidak diingini berlaku di tempat kita kepada pihak berwajib.


Sememangnya negara kita sedang menuju ke arah negara maju, namun aspek-aspek ketimuran mestilah dititikberatkan. Bagaimana menjadi negara maju sekiranya tahap pemikiran rakyat Malaysia masih terkebelakang ke arah itu. Apa sumbangan kita ke arah wawasan 2020? Apa kita lakukan ke arah itu? Kita bukan pemimpin yang perlu merancang Rancangan Malaysia dan sebagainya. Kita tidak mampu menjadi panel membentang bajet 2014. Sememang tiada apa boleh kita lakukan ke arah itu pun. Jadi apa gunanya kita pada negara. Jangan tanya apa negara boleh bagi kepada kita tapi tanyalah apa yang boleh kita lakukan untuk negara. 


Sekecil-kecil perkara sehingga kepada peringkat lebih besar, semua ada peranan masing-masing. Dari suri rumah sehingga kepada jawatan Setiausaha Negara, semua ada peranan ke arah itu. Setiap perkara asas hendaklah dititikberatkan. Pengganggur, pengemis dan anak yatim terlibat sama.

Tidaklah sukar sangat, buat kerja ikut kemampuan dan pelihara hak sejagat. Itulah sekecil sumbangan. Andai ingin menjadi maju, maka jangan dilupakan perkara-perkara asas dalam hidup. Jika tidak, ia akan menjadi ulat dalam buah yang sedang tumbuh segar. 

Bagaimana jika saya tidak sokong usaha kerajaan? Tiada larangan pun. Itu hak individu. Semua orang boleh berfikir. Kita sayang negara ini. Kalau bukan kita siapa lagi nak sayang negara ini. Kita berhak menentukan siapa yang memerintah negara ini. Lima tahun sekali mengundi, takkan tidak boleh berfikir. Jadi buatlah pilihan bijak agar negara mampu dipacu oleh mereka yang berwibawa, bijak dan beriman.

Sememangnya rakyat Malaysia hidup aman dan damai serta bersatu padu. Terbukti sifat ketimuran masih dipratikkan. Kita patut bersyukur walau siapa yang memerintah negara kita ini, kita tetap bersatu. Buktinya dalam isu kalimah Allah dan Pencerobohan Perairan Sabah. Semua pihak tampil memberi bantuan, sokongan dan pendapat. Kita tetap bersatu.



Hari ini kita dikejutkan berita tebusan di Sydney Australia. Lindt Cafe, merupakan sebuah Kedai Coklat Lindt terkenal yang terletak di Martin Place, Pusat Komersial Sydney. Sekumpulan 4 individu bersenjata yang  dipercayai masih berada di dalam apartment ini telah menahan lebih kurang 30 tebusan di kedai tersebut. Berdasarkan Akhbar Independent melaporkan insiden tebusan Kafe Lindt telah dipasang 4 bom di beberapa lokasi. 2 lokasi bom didakwa dipasang di dalam Kafe Lindt dan dua lagi di lokasi tertentu di Sydney. Kafe Lindt ini telah dikepung oleh Polis New South Wales. Sehelai kain rentang dalam tulisan arab dilihat melalui dinding kaca Kafe Coklat Lindt yang dikepung tersebut. Kejadian ini berlaku jam 9.30 pagi. Pada awal kejadian, sehingga kini 5 tebusan berjaya meloloskan diri atau dibebaskan dari Kafe Coklat Lindt tersebut.


Bukanlah aku nak cerita pasal perkembangan atau insiden tebusan Sydney ini sangat tetapi ramai rakyat Malaysia atau penuntut dari negara kita berada di sana. Kita harapkan agar tiada rakyat Malaysia yang terbabit. 


Sememangnya kita menolak kezaliman begini. Marilah sama-sama berdoa semoga tiada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam insiden tebusan Sydney ini.


Jadi lihatlah peristiwa di atas. Semoga menjadi iktibar kepada Malaysia. Walau disyaki Kumpulan IS mendalanginya tetapi lihatlah kenapa perkara sebegini berani dilakukan oleh pihak tertentu di kawasan Ibu Negara Australia? Logiknya jika 4 ahli Kumpulan IS ini berjaya membuktikan sesuatu tapi mereka tetap akan dibicarakan kerana kesalahan menahan orang awam sebagai tebusan adalah suatu kesalahan. Mufti Besar dan Majlis Imam Australia sepakat mengutuk insiden tebusan di Sydney. Kesimpulannya Islam mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut. Sememangnya tidak digemari oleh dunia.


Negara kita tidak akan berkompromi menghalalkan cara tersebut. Apapun yang cuba dibuktikan di atas, perbuatan tidak menghalalkan cara kerana yang salah tetap bersalah dan yang berdosa tetap berdosa. Oleh itu sememangnya kita bersyukur kepada Allah kerana insiden tebusan seperti ini tidak berlaku di negara kita, InsyaAllah. Mari kita sama-sama muhasabah diri untuk memastikan kita sentiasa memaafkan semua kesalahan orang mulai saat ini dan memperbaiki diri untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Ku doakan Malaysia aman dan damai selama-lamanya.
0 Komentar untuk "Sebalik tabir Wawasan 2020"


Back To Top