Di sebalik titisan hujan yang jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kepada manusia...
Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dengan hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi, pasti banyak konsert ambang tahun baru akan diadakan..
Betapa ramai anak-anak luar nikah akan dilahirkan...
Lihatlah lagi..
Allah memberi kita ruang untuk memberi sedekah...menghulur bantuan..
Lihatlah lagi...
Masjid-masjid diwarnai dengan bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja..
Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk saja..
Lihatlah lagi..
Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yang betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata sana sini...
Dikali ini kita melihat..
Ayuh marilah sama-sama merapatkan saf menghulurkan bantuan
Tidak kira berbeda pandangan dan politik
Kita hadir dibumi yang sama
Cubit bahu kanan, bahu kiri turut terasa
Cubit bahu kanan, bahu kiri turut terasa
Semoga Allah memelihara Malaysia dengan kasihNya..
Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian untuk menyatukan seluruh insan..
Bersabarlah mangsa2 banjir..
Lihat lah musibah ini sebagai jalan untuk membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dari 'sesuatu'...
0 Komentar untuk "BANJIR di sebalik sesuatu ada sesuatu"