Bagi yang bujang, suatu hari akan berkahwin jua, InsyaAllah. Kahwin dulu baru nikah. Itu kata-kata orang sekarang. Generasi Y yang semakin hebat yang hidup dengan teknologi tidak lekang dengan alat komunikasi di tangan. Bukanlah apa, senang sikit untuk berhubung melalui komunikasi. Tapi kalau di jalan raya masih sempat berselfie, apa ke halnya kan.
Awak kat mana? Awak buat apa tu? Kat mana tu? Itulah contoh ayat mesej pesanan ringkas (SMS) yang biasa digunakan. Jadi ini yang dimaksudkan kecil-kecil cili api, pandai guna Ipad dan sebagainya. Tidak hairan apabila kanak-kanak yang berumur 5 tahun boleh menghantar sms kosong kepada kawan-kawannya. Tetapi ada yang hebat lagi, budak berumur 3 tahun boleh membuat panggilan telefon kepada ibunya yang sedang bekerja. Itu dah kira hebat yang aku tahu setakat hari inilah. Mungkin ada yang lebih hebat lagi? Ada budak main game di Ipad dan Samsung Smartphone itu adalah perkara biasa. Trend Generasi Y sekarang, budak ada ipad di tangan. Pengaruh kawan-kawan atau taska. Apabila balik rumah, si cilik mengamuk tak tentu pasal dan menangis sekuat-kuat hati suruh mak pak beli ipad untuk budak tak faham bahasa ini. Disebabkan tidak mahu dengar tangisan si kecil, emak dan ayah turutkan sahaja. Inilah dikatakan manja anak tidak bertempat.
Kita tinggalkan kisah Generasi Y dan teknologi ini. Kali ini aku ingin berkongsi perihal automatif. Bukan car pool tapi perkongsian ilmu kereta semata-mata. Aku ingin berkongsi tentang tips penjagaan kereta, bagaimana basuh kereta dengan cara betul. Ini adalah sangat penting untuk memastikan kereta kita sentiasa nampak bersih dan berkilat. Berlainan dengan cara yang lain, tips basuh kereta dengan betul ini tanpa guna air, Ye basuh kereta tanpa guna air. Inilah dipanggil mesra alam. Tidak perlu membazir guna air untuk basuh kereta lagi.
Di Waterless Car Spa, basuh kereta berpakej dan straigh forward. Pakej ini ditawarkan oleh syarikat terbabit. Tiada kena-mengena dengan aku mahupun royalti, sikit pun tak dapat. Sebab itu aku katakan tadi, hanya perkongsian ilmu semata-mata.
Baiklah apa kita faham mengenai tips basuh kereta tanpa air? Maksudnya basuh kereta tanpa guna air lah ye. Bersih ke? Macam tak percaya je. Em alahai, aku pun tak percaya. Tapi ada seorang kawanku pernah servis cuci keretanya di salah satu kedai cuci kereta ini. Basuh kereta di Bangi, merupakan ibu pejabat Waterless Car Spa ini. Dia memilih pakej Ecolspa iaitu mencuci, mengilat dan melindungi. Memang benar dari awal sehingga habis, tiada setitis air pun digunakan. Ada dua orang pekerja car wash mengerjakan keretanya. Kebetulan datang awal, kereta pun tak banyak lagi. Jadi tumpuan yang khusus diberikan kepada pelanggan pertama ini dengan penuh teliti. Disembur dan digenyeh dengan kain, tak henti-henti. memang teliti tetapi boleh dikatakan cepat. Akhir sekali kereta pun siap dicuci. Bagaimana hasilnya?
Kalau boleh dia ingin jadi testimoni Waterles Car Spa. Sememangnya hasilnya high class. Kereta MYVI special edition yang dibeli pada tahun 2010 telah kembali macam baru beli semalam katanya. Sejak dari itu, beliau yang berkerjaya di Shah Alam, sanggup sebulan sekali berulang alik untuk basuh kereta di Waterless Car Spa di Bangi. Harganya pun ekonomi. Harga akan murah dengan menjadi ahli, kita akan mendapat diskaun untuk semua pakej yang disediakan di Waterless Car Spa ini. Kini, terdapat lebih 18 cawangan di seluruh Malaysia. Senarai lokasi dan cawangan kedai basuh kereta tanpa air di sini.
Ada yang lagi hebat dari ini? Maksud aku cuci kereta tanpa air dah cukup hebat. Atau ada cuci kereta guna kain sahaja? Atau tak payah basuh kereta tapi sentiasa nampak baru? Jika ada iklan basuh kereta yang lebih hebat dari ini, sila maklumkan, biar kali ini aku antara 100 orang pertama yang mencubanya. Sekian, wassalam.
0 Komentar untuk "Apa yang hebat lagi?"