Akibat tidak bayar kad kredit sepenuhnya - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Akibat tidak bayar kad kredit sepenuhnya

Bagaimana sistem kad kredit

Kad kredit dengan prinsip 'beli dulu, bayar kemudian', menjanjikan pelbagai keistimewaan eksklusif ditawarkan oleh pelbagai peniaga. Bagi sesetengah orang, ia bagaikan bom jangka yang akan meletup dengan bebanan faedah yang besar andai ia digunakan secara tidak terkawal mengikut sesuka hati dan tidak berhemah. Apabila kehendak melebihi kemampuan, akibatnya setiap bulan bil tertunggak menjadi berbulan-bulan yang akhirnya 'meletup'.

Pengguna kad kredit di Malaysia secara umumnya akan membuat bayaran minima 5% (biasanya jumlah minima RM50) dari bil kad kredit setiap bulan.

Sekiranya bayaran penuh perbelanjaan tidak dilunaskan, caj kewangan akan dikenakan seperti berikut :-
  1. Peringkat I, kadar faedah dikenakan sebanyak 13.5% setahun apabila bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut-turut
  2. Peringkat II, kadar faedah dikenakan sebanyak 16% setahun apabila bayar bil kad kredit selama 10 daripada 12 bulan
  3. Peringkat III, kadar faedah dikenakan sebanyak 17.5% setahun apabila bayar kad kredit sekurang-kurangnya selama 9 dari 12 bulan.
Namun apa yang tertera di atas, adalah syor yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Sungguhpun demikian, kadar faedah sebenarnya berbeza diantara bank-bank di Malaysia.

Umumnya, kadar faedah tahunan minima 13.5% akan dikenakan ke atas baki belum jelas yang akan dibayar pada bulan-bulan seterusnya.

Berikut merupakan contoh-contoh situasi akibat tidak bayar kad kredit sepenuhnya setiap bulan :-

SITUASI 1
Anda telah membelanjakan RM10 000 dengan menggunakan kad kredit. Anda buat keputusan untuk membuat bayaran minima bulanan. Ini bermaksud, anda telah membayar bil kad kredit mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh bank. Maka anda akan dikenakan faedah Peringkat I iaitu sebanyak 13.5%.

Huraian lanjut :-
Pengguna kad kredit di atas memerlukan masa 82 bulan (ditetapkan oleh bank) untuk melangsaikan baki kredit bulanan  dengan caj kewangan dikenakan sebanyak RM2752.08.


SITUASI 2
Anda telah membelanjakan RM10 000 dengan menggunakan kad kredit. Anda buat keputusan untuk membuat bayaran minima bulanan secara tidak ikut jadual. Maka anda akan dikenakan kadar faedah Peringkat III iaitu sebanyak 17.5%.

Huraian lanjut :-
Pengguna kad kredit di atas memerlukan masa 88 bulan (ditetapkan oleh bank) untuk melangsaikan baki kredit bulanan dengan caj kewangan sejumlah RM3896.83

Situasi 1 dan 2 di atas dengan caj kewangan ditunjukkan adalah tetap sekiranya tiada berlakunya transaksi lagi.

Akibat tidak bayar kad kredit sepenuhnya

Kebanyakan pengguna kad kredit di Malaysia terdiri daripada lepasan Universiti dan Kolej. Golongan muda paling senang terperangkap dengan beban hutang yang sangat kritikal kerana tidak memahami konsep sistem kad kredit yang sebenarnya. Kebanyakan mereka berumur 35 tahun ke bawah. Mengikut statistik, golongan muda paling ramai muflis di Malaysia ketika ini.


Maka, cara terbaik mengatasi masalah kad kredit ialah dengan membuat bayaran bil kad kredit sekurang-kurangnya bayaran minima bulanan mengikut waktu ditetapkan serta ikutlah cara betul guna kad kredit dengan penuh berhemah dan bijak, bukan kerana ikut nafsu.
2 Komentar untuk "Akibat tidak bayar kad kredit sepenuhnya"

Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

Ich bin auf diese Darlehensfirma auf Facebook gestoßen und habe die E-Mail kontaktiert, die ich plötzlich sah, als mir ein Darlehen von 60.000 USD genehmigt wurde. Ich habe nie gedacht, dass all dies funktionieren kann, bis mir ein Betrag von 60.000 USD zugeschrieben wird Darlehen, um mit diesem Darlehensunternehmen Kontakt aufzunehmen, um Hilfe zu erhalten. Dies ist die E-Mail-Adresse {loanforallservice @ gmail.com} oder Whatsapp unter + 1 443 281 3404


Back To Top