Informasi di hujung jari

Dunia hanya sementara

tazkirah

Hidup ini tak kekal lama
Setinggi mana dijulang dunia
Sekuat jari menggenggam bara
Selangit menggunung kau berkuasa
Ke tanah jua menyelam budi


Duhai anak,
Ingatlah Allah dalam sanubari
Dirikanlah solat tiang agama
Tunaikanlah zakat penyeri hati
Puasalah kerana Murabbi
Beramal tika jantung belum berhenti
Berusahalah untuk membaiki diri
InsyaAllah hidup matimu pasti bererti

Duhai sahabat,
Berpesan-pesanlah kita
Pada kebaikan dan kebajikan
Pada menjauh segala kejahatan
Kerana dosa-dosanya
Bagai buih di lautan


Dhuha telah menjanjikan
Allah yang telah menetapkan
Sesiapa yang mengerjakannya
Diampuni dosa-dosanya
Di sini ada kecantikan
Ada keindahaan ada kekuatan
Ada kekuasaan ada perlindungan
Dan limpahan rezeki
Yang diturunkanNya


Dunia hanya sementara
Disebabkan sifatnya tidak kekal lama
Usia kita semakin senja
Perjalanan jauh semakin dekat
Menuju alam akhirat semakin pasti

Ingat beringat sebagai peringatan
Di dalam diri ke rumah Tuhan
Kita pasti akan dikembalikan
Dan terbaring kaku
Sepi keseorangan
Hanya amal pemberi pertolongan..

0 Komentar untuk "Dunia hanya sementara"

Back To Top