Dalam sesuatu institusi keluarga Islam, suami sebagai ketua keluarga. Begitulah juga kuasa talak di bawah kuasa seorang suami. Ini bermaksud apabila si suami melafaz talak, maka jatuh talak dan terbubarlah suatu perkahwinan itu.
Talak dikategori kepada dua. Pertama, lafaz sarih (jelas) iaitu secara jelas didengar. Si suami dengan jelas menceraikan isterinya. Contoh "Aku ceraikan kamu dengan talak satu".
Kesan tersebut akan berlakunya perceraian walau tanpa niat. Jelas Rasulullah SAW : "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan bergurau dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk", (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah).
Manakala kategori kedua ialah lafaz kinayah. Ia bersifat sindiran atau kiasan yang dilafazkan oleh si suami yang boleh mendatangkan maksud lain selain maksud talak. Contohnya, "Awak gi balik umah mak pak awak".
Dari contoh ayat di atas, lafaz ini tidak dapat dipastikan dengan jelas, apakah maksud si suami berkata demikian, sama ada menceraikan isteri atau tidak?
Ia merujuk kepada niat si suami semasa mengeluarkan kata-kata tersebut. Ini juga berkaitan dengan perceraian juga boleh berlaku dalam bentuk tulisan. Jumhur fuqaha bersependapat, cerai melalui tulisan boleh terjadi sekiranya disertakan dengan niat, barulah jatuh talak tersebut.
Baiklah berbalik kepada isu apakah hukum cerai melalui sms tadi, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kal ke 59 yang telah bersidang pada 27 Ogos telah berbincang hal ini dan memberi kesimpulan berikut :-
- Talak bentuk tulisan yang jelas daripada suami dituju khas kepada isteri melalui kaedah sms, faks, emel dan sebagainya merupakan talak secara lafaz kinayah. Ianya adalah sah sekiranya si suami BERSERTAKAN NIAT semasa menulis cerai tersebut lalu dihantar atau dituju khas kepada si isteri.
- Semua perceraian mesti dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut.
- Cara cerai isteri melalui sms dan alat teknologi & komunikasi adalah cara penceraian tidak menepati kaedah penceraian yang telah digariskan oleh syarak.
Sehubungan itu, kaedah penceraian melalui sms ini adalah sangat popular dikalangan mereka yang bergelar suami isteri masa kini. Ini disebabkan emosi tidak terkawal antara kedua belah pihak. Seharusnya setiap kita cuba bertolak ansur dan saling cuba memahami antara satu sama lain
Soal emosi dan perasaan adalah sangat penting dalam rumah tangga. Sebagai ketua keluarga, suami atau ayah hendaklah memelihara keharmonian, menjaga dan mempertahankan institusi keluarganya sehabis baik agar sikap kurang sabar dan tidak dapat kawal emosi tidak berlaku dalam sanubarinya yang boleh mendatangkan kekesalan dan kerugian kepada seluruh ahli keluarga nanti.
Sebagai suami, kuasa talak yang dianugerahkan Ilahi hendaklah dipertahankan. Maksudnya elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menjatuhkan talak tanpa sebab-sebab terlarang dalam agama Islam.
Bagaimana pula cerai melalui sms dalam keadaan marah? Jadi bagaimana hendak tentukan sama ada suami berniat dalam menyampaikan hasratnya untuk bercerai melalui sms tersebut?
Soalan ini hanya boleh dijawab dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah syariah untuk siasatan dan pengesahan. Siapa sahaja boleh buat aduan, maksudnya isteri boleh terus mengadu tanpa menunggu kehadiran suami ke mahkamah tersebut. Ini adalah contoh kes serius dalam rumah tangga dan WAJIB dibawa ke mahkamah syariah dan tidak boleh berdiam diri sahaja.
Dalam sebuah hadis, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda, “Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak” Riwayat Abu Daud dan Hakim.
Maka merujuk Seksyen 55A Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 : "...seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada pelafazan talak itu melaporkannya kepada Mahkamah".
Seterusnya mahkamah akan membuat siasatan untuk memastikan kesahihan dan kebenaran terhadap lafaz cerai suami sama ada sah atau tidak, mengikut hukum syarak. Kemudian, mahkamah akan mengeluarkan perintah membenarkan perceraian tersebut berlaku dengan talak, lalu merekod perceraian tersebut dan menghantar salinan rekod itu kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Gambar hiasan |
Kesimpulannya, dalam dunia yang serba canggih ini, cerai isteri melalui sms adalah suatu perbuatan tidak beradab dan sewajarnya tidak disalahgunakan teknologi tersebut. Golongan muda paling ramai cerai dengan cara begini. Sekiranya pada awal-awal perkahwinan, isteri dinikahi dengan cara baik dan terhormat maka tidak bolehlah diperlakukan sedemikian rupa untuk mengakhiri sesi perkahwinan tersebut.
Suami tidak boleh menggunakan kuasa talak dengan sewenang-wenangnya. Talak hendaklah dilafazkan dengan penuh bertanggungjawab. Ini kerana ia adalah hukum Allah yang berat dan tidak boleh dipandang ringan. Maka sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, agar hidup kita benar-benar diberi pedoman olehNya selalu.
Firman Allah SWT bermaksud, “Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya”. (Surah An Nisa’ ayat 19).
|
| ke Laman UTAMA |
-----------------------------------------------------------------------------------
13 Komentar untuk "Apakah hukum cerai isteri melalui sms?"
Assalamualaikum nak tanya kalau suami isteri tu berlakon dan dia lepaskan talak adakah talak itu terjadi
Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Baru2 ni sy ada bergaduh dengan isteri sy dlm whatsapp dan sy kata pada dia dlm keadaan tgh mrh "aku takkan mesej kau lagi lepasni,nak cerai pun cerailah. Adakah talak jatuh? Mohon pencerahan
Asalammualaikum…nak bertanya…awal September 2018..isteri Saya nak balik kampung atas sebab yang tidak dpt dielakan…Masa tu Saya tegah bekerja..Saya benarkan..balik kerja jam 7 mlm..sampai dirumah..semua brg-brg keperluan isteri Dan anak-anak termasuk pakaian sudah tiada..yang tinggal cuma brg Saya…Saya call Tak diangkat..sampai Hari yg ketiga pon susah nak angkat…waktu yg sama saya dlm kesakitan yg teramat...dgn perasaan marah Saya tertulis “kalau kau Tak angkat TALIPON Aku cerai kan”..adakah jatuh talak…mohon pengesahan
Assalammualaikum...saya telah diceraikan suami melalui sms ketika saya dalam keadaan haid. Adakah sah ceraiitu
Pak ustaz sya ingin bertanya sekira ny istri memanaskan situasi, padahal masa itu sya cuma hendak nasehat. Lalu sya kerana di panaskan sya tulis aku ceraikan kau. Ada kah jatuh talak tersebut?
Aslm sy nak tnya jika suami talak kita melalui sms fb dengan niat bismiBismillahirrahmanir dengn nma sekli dengn lafaz talak 3 ada kah sah talak nya mohon reply terima kasih..skg tengah fkir hal nie
assalammualaikum , sy nk bertnya klu suami menghantar wsp “ da siap surat cerai baru cari aku’ jatuh talak tak ? mohon bantuan .,
kene pergi mahkamah utk pengesahan dlm masa 7 hari dpt sms tu
1. through whatsapp, tu talak secara kinayah. kene pergi mahkamah dlm masa 7 hari drpd tarikh dpt whatsapp. selagi mahkamah tak putuskan talak jatuh dlm hal ini, selagi tu talak tak jatuh.
2. 'dah siap surat cerai' pon secara kinayah. kena jumpa mahkamah jugak.
jumpa mahkamah
bawa ke mahkamah
bawak ke mahkamah. sbb melalui tulisan ni kinayah.
korang semua yg tanya ni tak baca betul2 ke?