Semua orang impikan muka gebu, licin, putih dan berseri-seri. Hari ini ingin aku kongsikan bersama bagaimana nak buat muka licin dan berseri. Ye licin dan tegang muka anda dengan pelbagai cara. Maka tidak hairan kita akan membelanjakan duit untuk membeli pelbagai sabun muka dan krim muka yang berlambak di pasaran. Ada Aloe Vera, Simplysiti dan banyak lagi. Semuanya bermodalkan duit, pendek kata, ada duit semua jadi.
Pada hari ini kita berbalik kepada cara tradisionl melicin dan menegangkan kulit muka percuma. Ye free tak payah modal banyak kerana kita akan kulit muka menjadi licin dan tegang dengan kaedah mesra alam lagi semula jadi. Kalau bermodal mungkin terpaksa bayar sikit sahaja dari pasar atau jiran sebelah yang rajin menanam bahan-bahan semulajadi ini.
Baiklah cara pertama kita gunakan kulit kayu manis. Sejenis bahan rempah ratus yang biasa kita gunakan untuk buat resepi nasi beriani. Jadi guna hanya sebatang kulit kayu manis sahaja. Ambil suatu permukaan yang kasar seperti lesong batu. Curahkan sedikit air pada permukaan kasar lesong yang rata itu, jangan tonggeng nanti air tumpah. Jadi genyeh atau sagat hujung kulit kayu manis tersebut dalam air yang telah dicurahkan ke atas bahagian lesong batu yang rata dan kasar. Genyeh jangan kuat, cukup ala kadar sahaja. Kemudian ambil campuran air dan serbuk kayu manis yang digenyeh tadi dan sapu seluruh muka dan hindari daripada terkena mata. (Peringatan cara licin kulit dengan kulit kayu manis ini akan menghasilkan kepanasan atau terik pada kulit muka, maka sapukan hanya sekadarnya sahaja). Buatlah selama seminggu dua. Jika tiada masalah, kesan kulit licin dan tegang dapat dirasai selepas tiga hari.
Cara kedua melicinkan muka dengan menggunakan timun. Cara ini paling senang, dapatkan sebatang timun dengan harga RM0.50. Perhatikan bahagian kepala timun yang penuh berwarna hijau tua. Potong kepala timun sikit dan genyehkan bahagian dipotong tadi sehingga menghasilkan getah yang banyak. Akhir sekali sapu buih-buih getah timun tadi di muka. InsyaAllah kulit menjadi licin dan tegang dapat dirasai beberapa hari selepas itu.
Seterusnya panduan melicin dan menegangkan muka guna Aloe Vera. Sangat senang, potong sebatang daun aloe vera atau daun lintah buaya dari pasu depan rumah, kemudian ambil isi dalamnya dan disapu ke seluruh muka. Sama ada picit terus atau potong dan ambil isinya dengan menggunakan sudu. Lalu disapu. Amalkannya selama seminggu dua. InsyaAllah perubahan dapat dirasai selepas tiga empat hari kemudiannya.
Cara keempat licin muka guna daun jambu batu hijau. Ambil dua tiga helai daun jambu batu hijau, Campurkan sedikit air di atas daun, lalu digenyeh semuanya di atas telapak tangan. Pastikan lumat, barulah disapukan ke seluruh muka. Amalkan selama seminggu dua, InsyaAllah muka akan licin dalam masa beberapa hari.
Seterusnya melicinkan kulit muka dengan menggunakan kunyit. Ambil sejari ibu kunyit dan segenggam beras lalu dimasukkan ke dalam lesung batu. Masukkan sedikit air. Tumbuk campuran tadi sehingga hancur dan lumat. Setelah semuanya hancur dan sebati, boleh terus disapu ke muka. Buat selama seminggu dan lihat kesannya selepas tiga empat hari.
Cara terakhir panduan melicinkan kulit muka guna daun Bismillah. Ambil beberapa daun Bismillah ini dan dicampur dengan sedikit air dan beras. Tumbuk sehingga lumat. Kemudian boleh disapu terus ke muka atau dikeringkan menjadi skrap atau tompokan bedak putih. Amalkan selama seminggu dua, InsyaAllah impian anda melicinkan kulit muka akan tercapai.
Kesemua cara melicinkan kulit muka di atas sebaik-baiknya dibuat sebelum tidur. Ini kerana semasa tidur, jasad dalam keadaan rehat dan waktu inilah sapuan di muka akan bekerja untuk melicinkan dan menutup ruang roma pada muka. InsyaAllah jika diikuti cara diatas dengan betul, tiada kesan sampingan akan terjadi. Selamat beramal.
1 Komentar untuk "Panduan licin dan tegang kulit muka"
Eh nak try la...