Nasi goreng malas - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Nasi goreng malas

Resepi nasi goreng malas

Ye tuan puan sekalian seharusnya malam yang indah ini memang masa yang sangat ku tunggu. Kenapa? Bukan sebab malam Jumaat tetapi kerana malam ini ada siaran langsung Pencetus Ummah Musim kedua. Sememangnya sukar untuk menidakkan siaran langsung Pencetus Ummah ini. Sebab aku tidak pernah miss siaran ini. Jadi untuk malam ini aku bersederhana sahaja terutama dari sudut penyediaan makan malam



Maka malam ini inginku kongsikan resepi masakan paling mudah selain masak air dan nasi dan telur. Aku akan tunjukkan cara masak nasi goreng paling mudah iaitu nasi goreng malas namanya. Sebab apa nama sedemikian? Sebab aku malas nak masak sangat malam ini kerana Pencetus Ummah punya pasal.

Resepi nasi goreng ni sangat mudah dan ringkas serta malas. Kenapa ada perkataan 'malas'? Kejap lagi baru tau kenapa malas. Jom ikuti resepi nasi goreng malas ni.


Baiklah, bahan-bahannya ialah :-
  • 4 pinggan nasi putih
  • Seulas bawang merah (besar)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji telur ayam
  • 5 sudu sos tiram
  • 5 sudu sos cili thai maggi
  • 1/2 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu marjerin
  • 3 cubit garam



Cara-cara masak
  1. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu marjerin
  2. Selepas 2 minit, masukkan seulas bawang merah (besar) sambil dipotong ke dalam kuali (ni sebab namanya malas).
  3. Masukkan 5 ulas bawang putih sambil dipotong-potong ke dalam kuali (ni sekali lagi malas namanya).
  4. Masukkan 1/2 kiub pati ayam maggi dan 1 cubit garam dan dikacau selama 3 minit, pastikan api sederhana.
  5. Seterusnya masukkan 4 pinggan nasi putih satu persatu dan secara perlahan-lahan, dikacau dari semasa ke semasa
  6. Kemudian, ketepikan nasi, kosongkan bahagian tengah kuali, masukkan 2 biji telur ayam diikuti 5 sudu sos tiram dan 5 sudu sos cili thai maggi, gaul campuran ini sahaja sehingga sebati tanpa mengurai nasi, kuatkan api (pastikan nasi tidak hangus ye), buat lebih kurang 3 minit
  7. Akhir sekali gaul semua sekali sehingga betul-betul sebati (biasanya 5 minit). Ok siap.



Nasi goreng malas sedia untuk dimakan

Ok hidangkan bersama segelas teh O. Kalau dah hari-hari buat resepi nasi goreng malas, memang cepat je masaknya macam maggi cepat dimasak sedap dimakan. Selamat menjamu selera, bon appetite.
1 Komentar untuk "Nasi goreng malas"


Back To Top