Dahulu, merakam gambar sendiri adalah suatu kebiasaan dan dianggap normal. Tetapi kini, amalan merakam foto sendiri telah mencetuskan suatu fenomena luar biasa dan menjadi budaya baru dikenali sebagai selfie. Perlakuan selfie yang lebih sinonim dengan kaum Hawa ini turut terkena tempias kepada kaum Adam.
Budaya selfie yang semakin digemari ramai ini, kini bukan sahaja popular di kalangan rakyat biasa, malahan ahli politik, bintang sukan dan selebriti. Bukan itu sahaja, baru-baru ini kumpulan penjenayah berselfie melakukan jenayah tanpa segan-silunya.
Sejarah selfie bermula beribu tahun dahulu oleh seorang Jeneral Rom terkenal, Julius Caesar. Beliau telah melukis wajahnya sendiri di atas syiling kuno pada zaman itu bertujuan rakyat Rom dapat mengenalinya dengan melihat wajahnya pada lakaran syiling tersebut. Tindakan ini menjadi idea kepada tujuan selfie yang menjadi popular pada masa kini dalam aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram.
Pada tahun 2013, perkataan "selfie" telah diangkat sebagai "Word of the Year" oleh Oxford Dictionaries selepas perkataan Inggeris itu paling kerap digunakan dengan peratus peningkatan sebanyak 17,000 peratus sejak tahun sebelumnya. Berdasarkan statistik data Instagram API yang telah merekodkan muat naik foto selfie berserta koordinasinya, berikut merupakan senarai top 10 selif paling ramai di dunia :-
1. Makati City and Pasig, Filipina - 258 orang
2. Manhattan, New York - 202 orang
3. Miami, Florida -155 orang
4. Anaheim and Santa Ana, California - 147 orang
5. Petaling Jaya, Malaysia - 141 orang
6. Tel Aviv, Israel - 139 orang
7. Manchester, England - 114 orang
8. Milan, Itali - 108 orang
9. Cebu City, Filipina - 99 orang
10. Georgetown, Malaysia - 95 orang
Mari kita kenali 'kaki selfie'. Biasanya kalau anda terserempak dengan individu atau kumpulan yang gemar menggayakan aksi-aksi seperti Duckface (memuncungkan bibir), Peace (simbol dua jari), Mirror (tangan memegang telefon atau kamera di hadapan cermin), aksi menjelirkan lidah, mengenyit mata, mengangkat kening, senyum kambing dan tabik hormat, merekalah orangnya.
Berdasarkan statistik di atas, selfie di Malaysia tidak kurang hebatnya, dengan ranking kelima paling popular di dunia, rakyat Malaysia boleh dikategori sebagai kuat berselfie. Ada Melayu, India dan Cina semua kaum 1 Malaysia suka berselfie.
Dari sudut agama Islam, Pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan bahawa hukum berselfie adalah harus tetapi ia boleh berubah mengikut keadaan dan niat. Hukum berselife adalah harus sekiranya individu ingin berkongsi detik indah mereka dan mengabadikannya di laman sosial milik sendiri. Namun ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu termasuklah menutup aurat dan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sungguh begitu, tabiat berselfie di mana-mana disarankan agar dijauhi kerana ia termasuk dalam perkara sia-sia.
Rentetan dari berselfie ini, boleh meninggalkan kesan kepada pengamal selfie dan persekitaran. Kesan tabiat berselfie berterusan akan meninggalkan ketagihan melampau. Ini kerana perkara kebiasaan boleh bertukar menjadi tabiat yang buruk.
Dengan berselfie juga sebenarnya menunjukkan tahap keyakinan diri yang rendah. Ia menjadikan pelaku selfie nampak yakin apabila gambar dirakam. Sedikit sebanyak memberi gambaran kualiti gambar selfie adalah tahap keyakinan sebenarnya pelakunya walaupun sebaliknya tidaklah sedemikian. Selain itu, ianya boleh mengganggu kualiti kerja harian. Dengan kesibukan bekerja, masih ada masa untuk berselfie. Andai ia menjadi tabiat di pejabat, maka sedikit sebanyak kualiti kerja boleh merosot kerana hilang tumpuan.
Selfie juga memberi gambaran sebenar pelakunya. Apabila pelaku selfie melakukan posing dengan pelbagai gaya, sebenarnya mendedahkan aib diri tanpa disedari. Dengan posing dan gaya yang boleh menampakkan rupa bentuk badan walau berpakaian, ia adalah dikira menunjukkan keaiban diri dan memberi gambaran buruk kepada pelakunya.
Paling pasti, ia mengundang rasa desire yang tinggi untuk berselfie, apabila keinginan berselfie itu tinggi, akhirnya mengundang sifat ujub dan takbur pada diri sendiri. Ini dilarang oleh agama Islam. Selain itu, kita akan menjadi ahli masyarakat yang kurang peka dengan persekitaran. Sehingga ia boleh mengundang sikap tidak sensitif kepada alam sekitar. Contohnya berselfie di kubur, Tugu Negara dan sebagainya.
Sikap dan tabiat ini sebenarnya menjadikan diri obses dengan rupa paras dan penampilan diri dan berpotensi menjadi mangsa khianat orang lain. Akhir sekali, ia boleh mejadi punca gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh dan boleh mendatangkan kemurungan kepada pelakunya.
Kesimpulannya, selfie merupakan cabang seni fotografi baru. Bergambar bukanlah sesuatu yang salah tetapi berpada-pada. Ia adalah kurang wajar apabila perbuatan tersebut dilakukan berterusan tanpa tujuan yang boleh menimbulkan salah tanggapan dan rasa jelik masyarakat terutama apabila gambar yang dirakam difotokan dalam bentuk yang memalukan dan tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain.

0 Komentar untuk "Antara budaya, seni dan hukum selfie"