Informasi di hujung jari

Bagaimana buat mee kari

Resepi Mee Kari

Bahan-Bahannya
  • 9 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 4 biji bawang putih (dikisar halus)
  • 1 peket serbuk kari daging serbuk kari Baba's atau Adabi
  • 2 sudu besar cili giling
  • Taugeh (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • 1 bungkus mee kuning (dicelur)
  • Daun sawi (dipotong2)
  • Daun Ketumbar (dipotong2)
  • Cili api atau cili besar
  • Bawang goreng (buat sendiri atau beli)
  • Air asam jawa (2/4 cawan teh)
  • 1 ketul stok ayam (Maggi atau Knorr)
  • 2 sudu besar susu pekat (untuk lemak kuahnya)
  • 1 keping kek ikan fishcake (dipotong2)
  • 5 biji bebola ikan (fishball) dibelah empat
  • 3 biji telur (direbus)
  • Minyak masak (untuk tumisan)

  • 2 atau 3 keping tauhu (potong kecil)
  • 300 gram udang (dibuang kulit, kulit udang dicuci sekali, dikisar halus dan ditapis airnya)
  • 200 gram isi kerang (optional)
  • 300 gram daging
  • Garam secukup rasa
  • Gula sesudu
  • Santan  (1 biji kelapa) atau susu cair
  • Sedikit air

Bagaiman buat mee kari

Cara buat Mee Kari 

Tumiskan semua bahan kisar (bawang putih dan merah) sehingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari. Masak dan gaul masakan sehingga berwarna agak gelap sedikit (api sederhana).


Setelah itu masukkan air asam jawa dan air rebusan kulit udang bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa atau susu cair. Biar sehingga daging empuk.


Seterusnya, masukkan udang,  kerang (optional), tauhu, baki santan tadi. Biarkan menggelegak seketika dan sekali-sekala kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam, secukup rasa, sedikit gula (sesudu) serta stok ayam, sudu pekat, apabila sudah mendidih boleh diangkat untuk dihidangkan.

0 Komentar untuk "Bagaimana buat mee kari"

Back To Top