Informasi di hujung jari

Cara buat Durian Crepe


Bagaimana buat Durian Crepe


Bahan-bahan

  • 3 biji telur ayam
  • 250 gm tepung gandum
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pandan emulco
  • 1 sudu teh pewarna kuning/hijau

Masukkan semua bahan di atas dalam satu bekas. Kacau hingga sebati dan rata. Setelah itu, masukkan ke dalam pengisar dan kisar. Sehingga sebati, kemudian ditapis. Seterusnya sediakan satu kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat. Panaskan kuali sehingga benar-benar panas. Sapukan sedikit minyak pada kuali dan dikecilkan api.


Langkah seterusnya, tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Ingat, adunan tak perlu di balikkan Sehingga permukaan atasnya dah kering terus angkat dari kuali. Selesaikan semua tepung tadi dan dibiarkan sejuk seketika.


Cara membuat Durian Filling
  • Secawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya

Masukkan Whipping Cream dalam mixer dan biarkan ia sehingga benar-benar kental. Sambil itu, pisahkan isi durian dari bijinya. Bikin atau lumatkan sedikit isi durian tersebut.


Seterusnya bentangkan 1 keping crepe, letakkan Whipping Cream di tengahnya dan didalamnya letakkan isi durian. Seterusnya, tutupkan semula dengan Whipping Cream dan lipat crepe tersebut. Buat sampai habis.


Kemudian simpan crepe tersebut dalam peti ais seketika. Ia enak dihidangkan ketika dingin. Selamat mencuba.


0 Komentar untuk "Cara buat Durian Crepe"

Back To Top