Informasi di hujung jari

Kenapa malam ini tiada bintang

Suasana malam tiada bintang

Baru tadi aku melihat dan kini rasa kecewa pun ada. Kecewa apa? Sedihlah sebab Harimau Malaya dipijak Gajah Perang dua kali. Dua kali terkena, sekali kena sepak dan sekali kena hempap. Ultra Malaya dan penyokong Malaysia letih memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Harimau Malaya. Bukan senang nak tumbangkan Gajah Perang di Bangkok. Memang rekod pertemuan menyebelahi mereka tetapi tidaklah seperti ini. Seperti yang pernah kita lihat sewaktu Malaysia mengalahkan Singapura dan Vietnam. Memang lawan menunjukkan corak permainan pantas tetapi Harimau Malaya seperti tidak bermaya, langkah longlai dan sumbang, akibatnya kita dihukum dengan keputusan Malaysia tewas kepada Thailand 0-2 pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2014 ini. 

Malaysia vs Thailand

Ala biasalah main di Bangkok. Nantilah dia datang sini, baru kita pukul dia balik. Itu antara dialog yang mungkin diperkatakan penyokong Malaysia. Kita sebenarnya cuba memberi semangat kepada diri sendiri. Paling tidak masih ada harapan untuk Malaysia bangkit pada pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 nanti di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu ini. Cuma sokongan kita kali ini biarlah dengan semangat Malaysia Boleh. Turun sama-sama ke Stadium Bukit Jalil. Sama-sama dengan kelab Ultra Malaya untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya nanti. Jadi eloklah esok bersamaan 18 Disember gaji. Jom pakat ramai-ramai pergi beli tiket di 20 kaunter tiket dibuka di Stadium Bukit Jalil, 16 kaunter untuk lelaki dan 4 kaunter tiket wanita. Berapa harga tiket perlawanan akhir Malaysia vs Thailand? Bermula minima RM50 sahaja. Itu yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia FAM. Jadi ayuhlah ke Stadium Bukit Jalil pakat beli tiket ramai-ramai.



Flashback, kehadiran tetamu pada malam ini telah merancakkan suasana perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 diantara Malaysia vs Thailand. Tetamu abang ipar sekeluarga. Isterinya orang Thailand. Memang dia pun fanatik bola. Kalau siaran langsung bola sepak Malaysia vs Thailand berrlangsung di Bangkok dengan aman damai, begitulah juga kami bersama-sama duduk di stadium astro Malaysia dengan harmoni dan tenteram.


Kakak ipar sporting. Dia kata dia dah menang walau belum tentu Thailand juara Piala AFF Suzuki 2014. Yelah kan suaminya orang Malaysia. Sebab itu mana-mana pasukan menang, dia tetap gembira. Berlainan dengan kita. Kita penyokong Harimau Malaya yang tegar. Malaysia menang, baru happy


Aku tengok tadi, Thailand memang berhak menang malam ini kerana corak permainan pantas lawan sangat berkesan. Mereka menguasai sepenuhnya padang dari awal sehingga akhir perlawanan. Serangan bertali arus dan versatile sangat memukau penonton. Kali ini sukar untuk Malaysia membuat percaturan kerana setiap ruang ada sahaja pemain Thailand. Percubaan demi percubaan ke gawang gol namun tersasar tinggi dan ke tepi. Gol pertama terhasil dari kekasaran Fazli Sas mengasari lawan, lalu menghadiahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama dikuti gol one two passing yang marvelous disudahkan dengan sepakan ke gol Malaysia. Namun penjaga gol Malaysia haruslah dipuji, Farizal Marlias banyak menyelamatkan pintu gol daripada terus dibolosi lawan. 

Amaran Harimau Malaya kepada Thailand di StadiumBukit Jalil nanti

Harimau Malaya seolah-olah hilang punca. Bahagian serangan tumpul. Aku tengok Mat Yo pun macam tak wujud dalam padang. Janganlah marah, aku pun sedih juga apabila harapan tinggi diletakkan kepada Norshahrul Idlan Talaha, tidak mampu dilaksanakannya pada malam ini. Sepatutnya Dollah Salleh letak Mahali Jasuli ganti Mat Yo, takpe dia defender kanan yang versatile (boleh buat overlapping). Bahagian tengah longlai. Tiada kawalan yang kemas. Dapat bola terus hilang dikucar-kacir dek lawan. Hantaran bola ke bahagian serangan selalu dapat dibaca oleh lawan. Kadang-kala buat hantaran sia-sia sahaja. Patutlah malam ini tiada bintang. Ditambah dengan hujan lebat tak henti-henti lagi ini. Rupa-rupanya memahami kesedihan penyokong Malaysia menyambut berita kekalahan Harimau Malaya di tangan Thailand.



Aku nak ulas lebih-lebih pun, bukannya pandai main bola pun. Bagaimana nak kawal bola pun aku tak tahu. Sewaktu zaman sekolah dahulu, bila nampak guru PJ standby bola di tangan menunggu kami, aku antara orang yang selalu minta excuse pergi ke tandas terlebih dahulu. Bila ditanya kenapa, aku selalu bagi alasan asma dan sakit perut. Lama-lama Guru PJ tidak kisah pasal aku. Dia pun semacam sudah mengetahui fi'il aku, memang tak tanya kalau aku tiada di padang.

hujan turun tak henti-henti

Malam ini aku turut rasa risau kerana hujan benar-benar menguji kesabaran. Siang tadi hujan dan malam pun hujan. Paras air semakin naik tapi masih di tahap kawalan. Maksudnya bolehlah kalau hendak keluar rumah sambil singkatkan kain untuk bermain air. Aku berharap hujan akan reda dan matahari akan muncul lagi esok kerana seharian ini terasa semacam waktu pagi sahaja kerana matahari tak muncul-muncul

Persiapan banjir

Bagaimana kalau banjir? Jadi apa persiapan banjir nanti? Jangan ingat awal persekolahan sahaja kena buat persiapan, banjir pun ada persiapannya. Jadi aku mengingatkan diri apabila berlaku banjir, pertama, simpan dokumen penting di tempat paling tinggi. Lepas itu, pastikan perkara penting di bawa bersama apabila paras air semakin meningkat. Dengar dan patuhi arahan penguatkuasa. Mereka pasti datang, andai tiada, terus pergi selamatkan diri ke tempat ramai orang. Jangan duduk dalam hutan sendirian. Seterusnya pastikan semua ahli keluarga ada bersama. Ye apa yang penting utamakan nyawa kita dan keluarga, yang lain lupakan sahaja. Semoga kita berjumpa lagi.
1 Komentar untuk "Kenapa malam ini tiada bintang"

Back To Top