Ayam murah Serambi Mekah - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Ayam murah Serambi Mekah


Bayangkan andai ayam boleh berkata-kata. Apa perkataan pertama yang akan diperkatakannya? Bagaimana menyembelih ayam, kalau begitu kan? Ayam adalah binatang halal yang boleh dimakan. Sememangnya ayam disukai ramai. Namun yang dimaksudkan halal ialah cara pemotongan ayam mengikut syariah Islam yang telah ditetapkan.



Dengan harga ayam pada hari ini sekitar RM7.00 hingga RM9.50 sekilogram, sememangnya ia tetap disukai ramai kerana merupakan makanan utama rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan juga mereka yang tidak suka makan ikan dan makanan laut. Tetapi masih ada harga ayam murah RM4.90 sekilogram. Kenapa, tak percaya? Ye benar dan tiada yang benar melainkan semuanya benar-benar belaka. Di mana nak beli ayam murah? Kebetulan baru-baru ini percutian ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. 


Negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah, sememangnya tersohor sebagai tempat membeli-belah kain ela, tudung, pakaian, barang dapur, makanan dan lain-lain lagi. Tempat-tempat untuk dilawati pun tidak kurang hebatnya seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur, Wakaf Che Yeh dan lain-lain lagi.  


Tiap-tiap kali datang ke Serambi Mekah ni, ole-ole yang tidak lupa dibawa balik ialah beras cap Burung Serindit. Sememangnya beras cap Burung Serindit buatan Thailand adalah  beras yang berkualiti tinggi dan bebas lendir kanji apabila dimasak. Bukanlah hendak promosi beras ini pun tapi ia merupakan petua dan nasihat menjaga kesihatan jantung yang sihat, kurangkan makanan berlendir untuk menyusutkan kandungan gula dan glukosa dalam badan kita. Tapi ingat, beras dari Thailand merupakan barang makanan kawalan. Maksudnya kena GST, kira barang kena cukai. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda dan dipenjarakan. Apa kesalahannya? Atas nasihat orang tempatan, kita hanya boleh membawa keluar sekampit beras sahaja dari Serambi Mekah ini. Lebih dari itu faham-fahamlah ye.


Sepanjang aku berada di Serambi Mekah, aku menginap di Zakiah Homestay yang terletak di Kubang Batang Chabang Empat Tumpat. Ia terletak di antara laluan utama jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, memang ianya merupakan diantara destinasi homestay terbaik di Kelantan

Berbalik kepada kisah harga ayam murah tadi, sememangnya sepanjang jalan terdapat banyak gerai makan atau warung makan termasuklah wakaf atau pondok yang menjual barang basah seperti ayam, ikan, sotong dan lain-lain barang dapur. Dipendekkan cerita, harga ayam murah itu terdapat di suatu kedai di tepi jalan sebelum sampai ke Kubang Batang dari Kota Bharu dengan RM4.90 (harga hari ini). Apa lagi, aku belilah dua ekor ayam yang beratnya 3kg dengan harga RM4.90 x 3 kg (kira sendiri). 



Peniaga ayam di sini memang kreatif dengan meletakkan papan tanda harga ayam sebesar-besarnya untuk menarik minat pembeli, percuma tempat letak kereta disediakan. Aku pun puas makan ayam BBQ ini, siang, malam dan kadang-kadang pagi pun aku belasah ayam BBQ (baki semalam, kalau ada). 


Sampai terlupa makanan terkenal Kelantan iaitu nasi kerabu. Di mana nak cari nasi kerabu sedap? Jadi dalam kesempatan ini juga aku bergerak ke kedai makan Azma yang terletak di Kutan, Pasir Pekan. Warung makan Azma terletak di tengah barisan kedai diantara bengkel motorsikal dan kedai telekomunikasi Celcom, Maxis & Digi. Ia terletak tidak jauh dari bulatan pertama dari Kota Bharu ke Pasir Pekan. Dari bulatan tersebut, belok simpang pertama ke Kutan dan Pasir Mas. Kedai makan Azma terletak di sebelah kiri, tidak jauh dari simpang bulatan Pasir Pekan tersebut. Nasi kerabu Azma sangat terkenal. Bagaimana nak tahu kedai nasi kerabu sedap? Senang sahaja. Lihat sahajalah pelanggannya. Jika ramai pelanggan, sudah tentu kualiti terjamin kesedapannya sehingga menjilat jari. Satu lagi hint kedai makan sedap ini boleh kita nampak adanya pelanggan bangsa lain seperti Mat Salleh, kaum Cina dan Siam makan di situ. Petua memilih kedai makan yang sedap terletak di sinilah. Aku akan pilih kedai makan halal yang ada pelanggan berbangsa kaum Cina. Ye, jika terdapat kelibat mereka, jangan was-was lagi untuk berurusan di kaunter pembayaran kedai makan tersebut ye.


Sememangnya bulan Disember berlakunya musim tengkujuh di Kelantan dengan cuaca sekali sekala panas terik dan hujan sepanjang hari kekadang sehingga seminggu, itulah punca banjir di sini. Alhamdulillah tidaklah seteruk mana pun, sepanjang aku berada di sini tiada banjir yang serius terjadi malahan memang tidak berlaku pun. 


Genap empat hari aku di sini. Aku pun belayar balik (memandu pulang) ke kampung halamanku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Memang "kenangan terindah" nyanyian Sam Simpson terngia-ngia di telinga yang sukar untuk kulupakan sepanjang perjalanan pulang tersebut.  InsyaAllah aku akan ke Serambi Mekah lagi. 


Impian seterusnya ialah percutian ke Lombok, Indonesia. Takot tak? Jangan takut sebab tempat tersebut bukanlah sinonim dengan  "menculik anak gadis Malaysia dan dibawa lari ke Lombok" sangat tetapi sebaliknya merupakan salah satu destinasi pilihan berbulan madu. Ia merupakan suatu tempat percutian romantik untuk berbulan madu bagi pasangan pengantin baru. Jadi sila-silalah beli pakej percutian ke Lombok yang lengkap dengan pemandu pelancong sekali. Boleh layari laman sesawang Andalusia tour untuk dapatkan informasi pakej berbulan madu ke Lombok ini, cewah. Semoga berjumpa lagi.
0 Komentar untuk "Ayam murah Serambi Mekah"


Back To Top