Antara persahabatan dan nyawa, mana lebih penting? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Antara persahabatan dan nyawa, mana lebih penting?

Pencarian MH370 berakhir di bawah tanah Ukraine

Kehidupan aku pada hari ini penuh dengan kemusykilan. Tiap-tiap hari pasti diberikan cobaan olehNya. Andai aku putus asa, maka akan tersungkur jatuh terus ke lembah kehinaan jauhnya tidak kira berapa jarak nautika. 

Kita semua manusia biasa tidak lepas dari melakukan dosa, alpa dan lupa. Namun dalam kelupaan pasti ada yang diingati dan dalam kealpaan InsyaAllah kita akan terjaga (sedar). Hari yang kita lalu sentiasa berubah walau rutin yang sama. Ini kerana Allah telah merancang perjalanan harian kita. Setiap manusia berbeza nasib. Ada yang miskin tetapi tenang, ada yang miskin tegar umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yang kaya baik hati sentiasa dikenang dan dihomati walhal yang kaya berlagak sombong, kedekut dan dengki InsyaAllah tunggu balasan dari Ilahi. Sesungguhnya semua kita akan merasai mati. 

Ye mesti mati. Bila sebut mati, semua orang takut. Bila ditanya, nak masuk syurga atau neraka? Ramai yang akan cakap "mestilah nak masuk syurga", termasuklah maknyah dan pelacur pun. Ini lumrah. Sukar untuk diubah. Secara spontan boleh selesai tapi secara perlakuan, faham-faham sahajalah. Mati takut tapi hendak masuk syurga? Impossible. Kita bukan Nabi Isa. Kita hanya manusia yang hina sentiasa. Maksud di sini, wajib mati, InsyaAllah ke syurga. Kalau tak? Em alahai..(wa'iyyazubillahiminzalik)

Negara kita dilanda musibah. Sangat banyak tapi tidak sehebat dugaan rasul kita Muhammad Ya Habiballah. Rasulullah ialah Pesuruh Allah. Manusia yang rapat dengan Allah adalah Nabi Muhammad SAW. Namun kenapa Allah bagi banyak cubaan dan dugaan kepada baginda Muhammad SAW?  Kalau difikirkan logik sudah tentu Allah akan bantu, tapi baginda adalah manusia paling dahsyat dicuba dengan pelbagai dugaan. Kaum Quraisy menentang Islam, membunuh umat Islam, mendera nabi serta ingin membunuh Muhammad SAW. Baginda merasai keperitan hidup dengan sebenar-benarnya dan dengan penuh seksaan dan cobaan. Namun tidak pernah sedikit pun imannya luntur, malahan semakin tebal dan yakinnya baginda kepada ajaran agama Islam ini. 

Bolehlah cakap "Nabi kan rasul, mesti Allah membantunya". 

Jadi kita ni apa? Manusia biasa yang menganuti ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kita terima dan menghayati ajaran Islam dalam diri kita. Bukankah kita pewaris rasul? Ulamak terang-terang pewaris rasul dan kita juga adalah pewaris rasul. Ini kerana kita mengamalkan sunnah-sunnah baginda, paling tidak kita makan kurma sebelum berbuka puasa, solat 5 waktu, menyayangi sesama manusia, sedekah dan pelbagai perkara baik kita telah laksanakan mengikut sunnah rasulullah SAW termasuklah kahwin. 


Maka wajiblah kita percaya bahawa musibah adalah ujian Allah kepada umat manusia. Siapa yang minta musibah? Tiada siapa yang inginkan musibah. Paling tidak, kita tahu seandainya suatu hari, orang yang kita sayang akan pergi dahulu meninggalkan kita, disaat itu baru kita terasa musibah, benar? 

Maka disini ingin diingatkan bahawa kita seluruh umat Islam adalah bersaudara. Tidak terkecuali satu pun. Sebut sahaja orang Islam, sudah tentu bersaudara. Nabi yang anjurkan ini, bukan aku main suka-suka sebut. Jadi sejauh mana terasanya sakitnya peha kanan, peha kiri terasa juga.

Dalam dunia ada dua jenis perbuatan iaitu baik atau jahat. Kalau kita buat jahat, sudah tentu terang-terang dapat dosa. Andai kita buat baik, niat sahaja pun dah tentu dapat pahala. Dalam banyak perbuatan baik itu ada keutamaannya. Namun di sini ramai yang tidak dapat membezakannya mengikut keadaan dan masa. Samalah macam Lionel Messi tanduk bola ke gol lawan. Andai tidak kena tempat dan masa yang sesuai dah tentu tanduk angin sahaja. Jadi sebagai manusia sudah tentu dapat bezakan antara perkara-perkara baik yang pernah kita lakukan. 


Bermula dari awal tahun lagi, negara kita kehilangan MH370. Sudah puas mencari akhirnya PM memutuskan " Pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi". Remuk jiwa mendengarnya. Kerana pengumuman rasmi tersebut benar-benar sukar diterima dunia terutama ahli keluarga mangsa terlibat. Berita yang telah membuatkan kesedihan seluruh rakyat Malaysia menjadi banjir. 

Tidak sampai beberapa bulan, MH17 menyusul. Kali ini tiada banjir tapi hancur berkecai di tanah Ukraine, MH17 ditembak jatuh oleh puak pemisah. Terduduk kaku kita dibuatnya tanpa perlu menunggu pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bayangkan dua kapal terbang anak angkat Malaysia dengan semudah ABC hilang terus dari radar dunia menuju ke penyiasatan berprofil tinggi.

Banjir pantai timur 2014

Kita sebenarnya tak mampu buat apa-apa. Bukan ada kuasa dan kekuatan. Nak buat yang mati tu hidup semula, bukan kerja kita. Maka inilah dikatakan takdir. Sesungguhnya takdir itu di tangan Allah, selalulah kita berprasangka baik denganNya. 


Tidak sempat nak adakan konsert dan keraian di ambang Tahun Baru 2015, sekali lagi musibah melanda negara. Kalau 1960an, air naik tenggelamkan bangunan kedai tapi kini air naik hingga tenggelamkan pusat pemindahan banjir. Kuasa Allah hebat boleh menghilangkan bangunan tersergam gah dengan hanya sekelip mata kita sahaja. Ramai yang hilang punca. Mencari-cari tempat tinggi untuk selamatkan diri. Ada yang tidak sempat berlari, bertongkat jalan selaju kura-kura atau terdampar tidak sempat naik lori, duduk kaku menunggu putusnya bekalan api. Harta benda usah dikira lagi, apa yang penting selamatkan diri. Ini penutup musibah 2014 yang masih berbaki ke hari ini, 2015.

Doa untuk keselamatan mangsa banjir

Sehingga ke hari ini, sudah masuk tahun 2015 namun sayangnya Allah kepada kita agar tidak lupa kepadaNya masih bertaut dan diingati umat Islam. Sebaik-baiknya kita muhasabah diri, andai perkara ini berlaku lagi, jangan salahkan sesiapa, kita mesti tabah dan hadapi dugaan dengan penuh kesabaran dan keimanan. 


Jangan menuding jari kepada manusia. Kerana semua manusia ada dosanya termasuklah diri kita sendiri. Apa yang penting, marilah sama-sama tekad tidak tinggal solat 5 waktu, mengimarahkan masjid dan mengajak manusia ke arah kebaikan, agar persahabatan sesama Islam lebih bererti. Janganlah kedekut memberi, kerana ia adalah bekalan kita di akhirat nanti. Hulurkanlah bantuan dengan ikhlas, marilah sama-sama kita berdoa semoga negara kita kembali ceria seperti sebelum ini dengan satu azam untuk menjadi hamba Allah di suatu hari. Semoga taubat kita diterima olehNya...Amin.
1 Komentar untuk "Antara persahabatan dan nyawa, mana lebih penting?"

suka main game online ,tapi uang jajan terbatas guys??
yuk, gabung bersama kami di F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar tidak perlu keluar bnyak uang nya ya guys,, cuma 50 rb loh kamu sudah bisa bergabung bersama kami , MINAT ????? yuk langsung saja ,
untuk info lebih lanjut silahkan di add saja ya
WA kami @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting3
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,


Back To Top