Informasi di hujung jari

Resepi mudah pancake telur

bagaimana buat pancake telur

cara masak pancake telur

Bahan-bahan

  • 1/2 kilogram tepung gandum
  • 5 biji telur (dipecahkan dan dikacau sebati dalam satu bekas bersama sedikit garam)
  • 2 ulas bawang merah besar (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kunyit
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak masak

resepi pancake telur


resepi pancake telur

Cara masak pancake telur bawang

1. Cara buat kulit pancake (masak seperti lempeng). Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam secukup rasa ke dalam suatu bekas. Kemudian

masukkan air dan kacau. Pastikan campuran adalah cair sedikit. 

2. Panaskan kuali dan masukkan sikit minyak dengan cara celup minyak guna kain atau tisu untuk ratakan minyak dalam kuali. Masukkan 1/2 senduk campuran tepung tadi ke dalam kuali dan diratakan seperti buat kulit popia (buat senipis mungkin). Habiskan semua tepung tersebut untuk dapatkan sebanyak mungkin kulit pancake tersebut (macam lempeng yang sangat nipis).

3. Seterusnya panaskan kuali tanpa minyak (boleh guna kuali pancake tadi dan terus goreng telur hancur macam hamlet tanpa minyak). Kacau setiap masa untuk memastikan ia benar-benar hancur. Kemudian diangkat.


4. Panaskan kuali tadi dan masukkan sedikit minyak. Masukkan bawang merah besar, sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau sehingga naik bau bawang tersebut.

5. Seterusnya masukkan telur hamlet tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati selama 5 minit dan angkat. 

6. Gulung inti telur ayam dalam kulit pancake (buat seperti gulung popia atau ketayap).


7. Ok sudah siap untuk dimakan. Hidangkan bersama Teh O, pasti menyelerakan. 

Selamat mencuba.
0 Komentar untuk "Resepi mudah pancake telur"

Back To Top