|
| ke Laman UTAMA |
-----------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan
- Sebiji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji telur ayam
- Sebungkus roti Gardenia (saiz sederhana)
- 3 batang sosej Ayamas (optional)
- 1 tin sardin Ayam Brand saiz sederhana (apa-apa saja)
- 2 sudu gula atau madu (kalau ada)
- Sos Cili Thai
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
- 3-5 biji cili padi (optional, kalau nak pedas)
Cara buat roti goreng sardin
A. Cara masak sardin sosej
1. Lenyek atau gelekkan roti Gardenia satu persatu hingga betul2 nipis dengan menggunakan gelas silinder kaca di atas papan pemotong sayur
2. Potong dadu bawang putih dan bawang besar.
3. Sosej dipotong nipis.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Selepas itu masukkan bawang putih dan bawang besar.
5. Masukkan tiga sudu Cili Thai ke dalam kuali. Tumis selama 2 minit dengan nyalaan api sederhana.
6. Masukkan sardin Ayam Brand ke dalam kuali. Cincang sardin tersebut dengan menggunakan senduk kuali. Masukkan cili padi (optional) dan garam secukup rasa.
7. Kacau selama 3 minit. Kemudian masukkan 2 sudu besar gula atau madu ke dalam masakan tersebut. Kacau sehingga sebati dan hampir kering (jangan kering sangat).
8. Setelah itu, masukkan semua sardin tadi ke dalam pinggan.
Gulung roti sardin
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati (berbuih).
2. Ambil sekeping roti yang telah dilenyek tadi, sapu telur di atas roti (sikit-sikit, ia fungsi sebagai gam saja). Gulung seperti popia. Pastikan inti sardin tidak terkeluar dihujung roti.
3. Setelah menggulung semua roti sardin, panaskan kuali dengan secawan minyak masak. Celurkan atau lumurkan keseluruhan roti sardin ke dalam mangkuk telur tadi. Buat satu persatu.
4. Kemudian masukkan roti ke dalam kuali dan digoreng dengan nyalaan api sederhana (ingat, roti hendaklah sentiasa dibelek-belek sehingga sempurna rupa matangnya, biasanya 1 minit sudah memadai).
5. Jangan terlalu lama biarkan roti, mesti sentiasa disemak agar ia tidak menjadi hangus, kalau tidak dapat kawal, perlahankan api.
6. Ok roti sardin goreng rangup siap dimakan bersama teh 0 atau kopi O. Selamat mencuba
0 Komentar untuk "Resepi roti sardin goreng rangup"