Bala merupakan kemurkaan Allah apabila manusia melakukan maksiat. Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi bersabda :
"Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi Allah menurunkan bala"
Andai perkara maksiat yang dimaksudkan di atas terus dilakukan secara berleluasa, maka tunggulah bala dari Allah kepada umat Islam. Antaranya ialah :
1. Apabila harta rampasan perang hanya diagihkan kepada orang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat digunakan untuk menebus kesalahan
4. Apabila suami terlalu mentaati isterinya
5. Apabila anak-anak menderhakai kedua ibu bapanya
6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan kawannya berbanding ibu bapanya
7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising
8. Apabila ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid
9. Apabila pemimpin sesuatu kaum dihina oleh kaumnya sendiri
10. Apabila memuliakan orang lain kerana takut ancaman dikenakan ke atasnya
11. Apabila arak menjadi perkara biasa dihidangkan dalam sesuatu majlis
12. Apabila ramai orang lelaki memakai sutera
13. Apabila wanita menjadi daya penghibur kepada lelaki dalam sesuatu majlis
14. Apabila ramai wanita bermain alat muzik
15. Apabila orang terkemudian menghina orang-orang dahulu.
Di saat ini, sudah pasti Allah akan menurunkan bala kepada umat manusia. Pelbagai isyarat boleh kita rasakan seperti puting beliung, gempa bumi yang dahsyat, tanaman musnah kerana kemarau dan lain-lain lagi.
Pendek kata perkara bala ini adalah kerana kemurkaan Allah. Kita akan turut merasa simpati kerana bala Allah ini tidak hanya turun kepada mereka di atas tetapi kepada mereka yang tidak bersalah.
Kisah pengajaran kaum Nabi Hud dan Nabi Salleh adalah suatu iktibar yang patut kita hayati. Kaum 'Aad dikurniakan Allah kehebatan tubuh badan yang kuat dan perkasa. Sehinggakan ada riwayat tafsir mengatakan mereka mampu mencabut pokok dengan kekuatan tangan mereka.
Manakala kaum Thamud telah dianugerahkan Allah kehebatan dari sudut teknologi dan pembangunan yang hebat. Mereka mampu membina rumah di dalam bukit. Kebebatan kisah kaum Thamud tercatit dalam Al-Quran sebagai kaum yang mempunyai kemahiran memahat gunung-ganang untuk dijadikan tempat kediaman.
Kedua-dua kaum 'Aad dan Thamud akhirnya dibinasakan Allah kerana keingkaran mereka mentaati Allah dan rasulnya. Semua kaum 'Aad dan ketamadunan kaumThamud ditenggelamkan oleh Allah dengan kehendaknya.
Maka iktibar ini sepatutnya menjadi teladan dan pengajaran terbaik untuk kita agar sentiasa memperbaiki ibadah kita kepada Allah dan meninggalkan semua laranganNya sepenuhnya.
Tatkala negara kehilangan kapal terbang MH370 yang lalu, berikutnya terhempas pesawat MH17 dan banjir yang melanda seluruh negara sebenarnya boleh dikategorikan sebagai dua jenis keadaan. Bala dalam bentuk baik dan bala dalam bentuk tidak baik. Keadaan ini sebenarnya menyuruh kita semua kembali kepada pemahaman ayat Al-Quran agar tidak terpesong dari memikirkan perkara-perkara yang tidak sewajarnya ketika dilanda musibah ini.
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka berasa sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
(Surat Ar-Ruum, ayat 41)
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, semua manusia adalah berdosa dan sudah semesti dituntut untuk meminta ampun dari Yang Maha Esa. Seandainya dosa itu dilakukan berterusan maka ia merupakan bencana yang turun disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Apabila bala itu turun adalah untuk memberi peringatan kepada manusia, maka bala yang tidak baik itu adalah punca untuk merubah manusia kepada kebaikan. Seandainya masih lagi tiada kesedaran, seperti contoh kisah kaum 'Aad dan kaum Thamud, sudah pasti sejarah pasti berulang kembali.
Renung-renungkanlah semoga kita sentiasa memperbaiki hubungan kita dengan Ilahi dan menjaga silaturrahim sesama manusia sambil memperbetulkan niat dan menghindari maksiat serta mencegah kemungkaran daripada terus berlaku dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Allahu'alam.
2 Komentar untuk "15 Perkara yang menghalalkan bala diturun oleh Allah"
suka main game online ,tapi uang jajan terbatas guys??
yuk, gabung bersama kami di F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar tidak perlu keluar bnyak uang nya ya guys,, cuma 50 rb loh kamu sudah bisa bergabung bersama kami , MINAT ????? yuk langsung saja ,
untuk info lebih lanjut silahkan di add saja ya
WA kami @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting3
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,
Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :) Invite BB : < 5EE.80.AFE >
WA @ +855 963 156 245