Informasi di hujung jari

Muhammad manusia agung

Nabi Muhammad SAW

Wahai orang dikasihi
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam tangisan
Nak menangis pun tidak berair mata
Namun hati tetap gembira
Kerana syafaatmu menanti disana
Biarpun peritmu tidak terperi
Kerana umat, kau tempuhi jua


Wahai rasul kaulah segala contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu dan sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merinduimu
Sinar wajahmu mendamaikan jiwa
Manisnya senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya


Walaupun dijemput Malaikat Izrail,
Baginda boleh tersenyum diraut wajahnya
Disamping isterinya Humairah
Menunggu diangkat rohnya bertemu Yang Esa

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Sukarnya untuk seluruh umat untuk menerima
Sehingga Umar dikasihi sukar mempercayainya
Namun takdir Allah tetap ada
Setiap yang hidup akan dijemput untuk pulang..


Salam Maulidur Rasul...
Sungguh2lah kita melaksanakan sunnahnya andai benar2 kita merinduinya....
Muhammad SAW kaulah idola umat manusia seluruh alam yang fana ini...


0 Komentar untuk "Muhammad manusia agung"

Back To Top