Durian adalah raja buah-buahan tempatan. Isi buah durian yang berwarna kuning langsat sentiasa menaikkan selera kita untuk dijadikan santapan kegemaran ramai. Namun dalam pada itu ada perkara yang tidak gemar kita dapati dari buah durian ini iaitu bau buah durian yang berterusan kekadang boleh menyebabkan pening dan muntah-muntah. Jadi di sini dikongsikan untuk tatapan umum tentang tip menghilangkan bau buah durian.
Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan bau durian di :-
I. Tangan
Ambil sesudu serbuk kopi lalu dikacau dalam semangkuk air suam. Kemudian rendamkan tangan ke dalam air tersebut dalam seminit dua.
II. Bau durian dihidung
Ambil sesudu garam halus dan dicampur dalam segelas air, kacau dan minum. InsyaAllah bau akan hilang.
Ambil sesudu garam halus dan dicampur dalam segelas air, kacau dan minum. InsyaAllah bau akan hilang.
III. Bagaimana nak hilang bau durian dalam kereta?
a. Kebiasaannya bau durian di kereta mengambil masa yang lama untuk hilang. Oleh itu semasa memunggah buah durian masuk ke kereta, pastikan setiap satu buah durian dibalut penuh dengan daun ubi kayu atau daun betik.
b. Cara kedua pastikan semua tingkap telah ditutup rapat. Ambil beberapa keping roti. Letakkan secara terbuka di dalam kereta. InsyaAllah bau akan hilang nanti.
IV. Bagaimana nak hilangkan bau durian dalam rumah?
a. Jika anda bawa balik banyak biji buah durian sudah semestinya baunya akan menghiasi setiap ruang rumah. Oleh itu cara terbaik, potong separuh buah nanas dan letakkan berhampiran buah durian tersebut. Fungsi buah nanas adalah untuk menyerap bau durian tersebut.
b. Selain itu cara seterusnya dengan mengambil beberapa helai daun pandan dan letakkan berhampiran buah durian tersebut, InsyaAllah bau wangi akan menyerap bau durian tersebut.
c. Cara ketiga pecahkan atau belahkan beberapa ketul arang kayu. Letakkan ia di kawasan yang berbau durian tersebut. InsyaAllah bau durian akan diserap oleh arang kayu tersebut.
d. Cara keempat, ambil semangkuk serbuk tepung penaik (soda baking powder). Letakkan ia di kawasan berbau durian. InsyaAllah bau durian akan hilang.
e. Cara seterusnya, ambil sebotol cuka yang terbuka. Kalau boleh yang tinggal sedikit cukanya. Letakkan di kawasan berbau durian. InsyaAllah bau akan hilang.
2 Komentar untuk "Bagaimana cara nak hilang bau durian?"
Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :)
suka main game online ,tapi uang jajan terbatas guys??
yuk, gabung bersama kami di F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar tidak perlu keluar bnyak uang nya ya guys,, cuma 50 rb loh kamu sudah bisa bergabung bersama kami , MINAT ????? yuk langsung saja ,
untuk info lebih lanjut silahkan di add saja ya
WA kami @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting3
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,