Kerana kebiadapan mempersendakan agama lain - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Kerana kebiadapan mempersendakan agama lain

Pembunuhan di Charlie Hebdo

Berita sensasi ini telah memberi gambaran umum dan membuka mata masyarakat dunia tentang sensitiviti beragama. Setiap manusia yang percaya Tuhan itu wujud,

sudah pasti akan mentaati agama masing-masing. Episod tragis ini sebenarnya sudah lama mengundang ketidakpuasan umat Islam. Dunia rata-rata menganggap kebebasan beragama dan kebebasan hak bersuara adalah sama. 

Isu mempersendakan agama Islam bukanlah sesuatu yang baru tetapi ia menunjukkan bahawa dunia tidak peka dan telah memberikan kesamaan kepada kebebasan bersuara sehingga lupa sensitiviti yang akhrnya boleh mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam dunia terutama di negara-negara terbabit.


Apabila kebebasan bersuara gagal ditanggani, maka tiada pilihan lain yang boleh dilakukan melainkan memberi pengajaran agar dunia sedar kebiadapan yang berterusan ini dapat dihentikan. Sesiapa pun akan marah seandainya isu agama mereka dipersenda-sendakan oleh orang lain. 

Karikator Stephane Charbonnier yang melukis karikator hina nabi muhammad

Apa yang sedang berlaku di Paris telah membuka mata kepada dunia bahawa Islam itu ada di mana-mana. Oleh sebab itu kebimbangan yang dirasai, sepatutnya dihentikan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Tetapi sensitiviti ini tidak diendahkan. Bukan sekali dua namun telah berkali-kali isu Agama Islam dipersenda-sendakan oleh majalah Charlie Hebdo melalui karikatur

Orang bukan Islam marah dengan karikatur Stephane Charbonnier

Baru-baru ini telah berlaku serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo, Paris. Charlie Hebdo dilabelkan sebagai akhbar anti Islam di Perancis. Antara yang terkorban termasuklah Stephane Charbonnier 48 tahun, ketua editor merangkap kartunis dan tiga kartunis yang lain.


Serangan oleh dua adik beradik Cherif Kouachi, 32 tahun dan abangnya Said Kouachi, 34 tahun telah mengorbankan 12 nyawa. Menurut sumber, karikator yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berbogel sambil meniarap (seperti sujud) sebenarnya sudah keterlaluan dan sangat biadap. Sebelum ini, Charb telah bertahun-tahun menghina Islam namun tiada tindakan diambil terhadapnya kerana kebebasan hak bersuara yang diamalkan oleh Perancis dan negara-negara barat. Akibat dari itu, tiada siapa yang dapat menahan kemarahan umat Islam lantas kedua beradik tersebut memecah masuk ke premis bangunan Charlie Hebdo dan melepaskan tembakan rambang lalu mengorbankan banyak nyawa termasuk Charb.

Salman rushdie menhina Islam

Selain peristiwa di atas, Salman Rushdie si murtad berasal dari Pakistan pernah menimbulkan kontroversi penulisan buku The Satanic Verses pada tahun 1989. Dalam tulisannya, dia mencerca dan membuat tuduhan peribadi terhadap Nabi Ibrahim a.s, para malaikat, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.a, para isteri Nabi Muhammad s.a.w dan para isteri sahabat dengan kata-kata lucah dan kotor lagi menjijikkan. Sehingga kini dia tinggal di London kerana mendapat perlindungan kerajaan Britain. Lebih mengejut lagi, Salman Rushdie pernah mendapat anugerah pengiktirafan 'Sir' yang dianugerahkan oleh Ratu England.

Sam Bacile menghina islam melalui filem innocence of islam

Pada tanggal 11 September 2012, Innocence of Islam merupakan filem penuh kontroversi yang cenderung anti Islam telah menyemarakkan kemarahan masyarakat Islam dunia. Ia hasil kutipan derma daripada lebih 100 orang Yahudi, sebanyak USD$5 juta telah berjaya dikutip untuk buat filem tersebut. Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile seorang Yahudi Israel merupakan pengarah yang bertanggungjawab membawa filem murahan ini ke layar perak Amerika Syarikat. Sam Bacile seorang penganut Kristen Koptik kacukan Mesir-Amerika merupakan pengarah filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang berkisarkan tentang aksi tunjuk perasaan dan rusuhan di pelbagai kota di dunia termasuk serangan di diplomatik Amerika Syarikat di Libya dan pembunuhan 14 orang penting termasuk Christopher Stevens, Duta Besar Amerika Syarikat. Filem penghinaan terhadap rasulullah s.a.w ini termasuklah menuduh baginda rasulullah s.a.w sebagai pendukung fedofilia, homoseks dan menggambarkan baginda sedang berhubung intim adalah sangat biadap. Morris Sadek penulis cerita filem ini telah dicabut kewarganegaraan oleh Mesir. Dia kini menetap di California Amerika Syarikat dan telah membina kumpulan anti Islam dengan gelaran National American Coptic Assembly.


Tiga contoh di atas jelas menunjukkan kebiadapan pihak tertentu yang mempersendakan agama Islam untuk menimbulkan huru-hara dunia. Ada yang telah 'menerima hukuman' dan tidak kurang yang 'sedang menunggu' dihukum seandainya keadaan menjadi lebih parah lagi. Jadi, setiap kita sepatutnya menghormati hak agama lain walaupun berlaku perselisihan faham sekalipun. Apabila timbul pertikaian tentang sesuatu perkara yang berkaitan agama, maka pendekatan terbaik adalah timbulkan rasa menghormati dan perbincangan. Bukannya dengan cara  bersengketa atau pembunuhan. 

Bayangkanlah kontroversi beragama yang ditimbulkan oleh barat untuk memburukkan serta mempersenda Islam di mata dunia kini. Sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada kita termasuk semua agama di Malaysia agar kepekaan terhadap isu-isu yang berkaitan agama sentiasa dipandang serius. Bukan disuruh untuk menghayatinya tetapi sekadar menghormatinya agar tidak menimbulkan persengketaan atau keadaan yang tidak dijangka oleh pihak yang terasa ditindas.


Dengan siapa kita hendak berbincang mengenai isu kontroversi beragama di Malaysia? Sebaik-baiknya perbincangan diantara kedua belah pihak yang terlibat terlebih dahulu. Seandainya tiada kata putus, maka perlu dipanjangkan kepada pihak yang berwajib untuk dibuka siasatan selanjutnya sehuggalah ke mahkamah. Sikap toleransi dan telus untuk semua pihak yang diamalkan oleh sistem pemerintahan negara ini hendaklah diteruskan sampai bila-bila walaupun berbeza pandangan politik dan pendapat. Ini kerana untuk mencapai perpaduan negara yang kukuh, rakyat mestilah bersatu padu agar tidak mudah dikotak-katikkan oleh anasir-anasir jahat yang hanya ingin menangguk di air yang keruh
6 Komentar untuk "Kerana kebiadapan mempersendakan agama lain"

Islam semakin dipandang rendah dipijak2 oleh kebiadapan puak Yahudi
dan anti Islam. Sertakan DOA setiap kali solat demi kekuatan ISLAM
dan saudara2 kita yang semakin terseksa dengan kezaliman2 mereka

Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :)

kamu suka main game online?? yuk buruan gabung bersama kami di fansbetting ya guys, ,disini kami tersedia berbagai macam game online loh, untuk tanya" bisa langsung
di add contact kami dibawah ini ^-^
WA kami @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting3
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,


Joint yukk ....menangkan Uang setiap hari | F4n583771nG | :) BBM : 5EE80AFE ^o^


Joint yukk ....menangkan Uang setiap hari | F4n583771nG | :) BBM : 5EE80AFE ^o^

Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :) Invite BB : < 5EE.80.AFE >
WA @ +855 963 156 245


Back To Top