Sebagai seorang muslim, kita percaya tentang kewujudan Pencipta kita. Pencipta yang telah mencipta alam semesta dan ia hanya satu. Allah Maha Besar adalah pencipta manusia. Kita percaya tentang kewujudan Allah. Kita perlukan Allah untuk hidup di dunia ini. Justeru itu sudah menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk mentaati perintahNya.
Asas agama adalah solat iaitu solat wajib lima waktu seharian iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Solat adalah tiang agama. Tanpa solat, segala amalan kita di dunia tidak dihitung Allah di akhirat kelak. Allah Maha Bijaksana. Solat merupakan perantaraan untuk kita berkomunikasi terus dengan Allah tanpa birokrasi. Yang penting hendaklah sentiasa khusyuk dalam solat dengan menghayati amalan dan niat dalam hati ketika bersolat.
"Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."
(Surah Huud, ayat 114)
Doa adalah senjata orang mukmin. Oleh itu selepas bersolat, sebaik-baiknya kita hendaklah berdoa meminta kepadaNya. Mintalah apa sahaja. Seandainya sesama manusia, sukar untuk meminta tetapi Allah suka hamba-hambaNya meminta sebanyak mungkin atau apa sahaja kepadaNya. Sebaik-baik doa adalah meminta ampun dan perkara-perkara ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.
Apa hukum orang yang meninggalkan solat fardhu? Seperti kita sedia maklum apabila solat lima waktu itu wajib, maka wajiblah kita menunaikan. Maka lawan wajib adalah berdosa besar. Maka ulamak bersependapat bahawa solat lima waktu sekira ditinggal mana-mana fardhu sekalipun tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak maka hukumnya dosa besar.
Apabila kita sebut mengenai dosa besar ini, sebenarnya hati kita tidak akan tenteram. Sejak kita mula tinggalkan solat tersebut di dunia hingga akhirat, perjalanan adalah sangat perit. Semasa hidup hingga ke mati, roh akan berterusan menerima balasan. Sampai bila manusia berdosa ini diseksa? Sehinggalah selesai semua dosa yang ditanggungnya di dunia dahulu.
Apa balasan orang yang meninggalkan solat? Memang diketahui umum meninggalkan solat bermaksud meruntuhkan agama, dosa besar yang dimaksudkan adalah seiring dengan setiap solat fardhu yang kita kerjakan, namun ia sebenarnya adalah sangat hebat seksaannya. Berikut adalah merupakan dosa-dosa besar seumpamaan dengannya sekira meninggalkan solat fardhu :-
1. Subuh
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Wail selama 30 tahun waktu di akhirat iaitu bersamaan 60 000 tahun waktu di dunia.
2. Zohor
Dosanya seumpama membunuh 1 000 orang umat Islam.
3. Asar
Seperti dosanya meruntuhkan Ka'bah.
4. Maghrib
Sama dosanya seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
5. Isyak
Allah tidak redha hidupnya di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat dikurniakanNya.
Bayangkan perumpamaan dosa-dosa besar yang bakal kita alami nanti sekiranya meninggalkan solat fardhu ini. Sekiranya balasan meninggalkan solat waktu ini tidak dizahirkan (belum nampak) lagi di dunia namun ia tetap menerima seksaan sejak di dunia lagi, antaranya :-
Bayangkan perumpamaan dosa-dosa besar yang bakal kita alami nanti sekiranya meninggalkan solat fardhu ini. Sekiranya balasan meninggalkan solat waktu ini tidak dizahirkan (belum nampak) lagi di dunia namun ia tetap menerima seksaan sejak di dunia lagi, antaranya :-
1. Allah akan menghilangkan tanda cahaya dari raut wajahnya
2. Umurnya tidak diberkatiNya
3. Allah akan mempersulitkan rezekinya
4. Tiada tempat baginya dalam Islam
5. Segala amalan baiknya tidak mendapat balasan pahala dariNya
6. Doa tidak dimakbulkanNya
Tidak cukup dengan itu, sehingga ia dijemput pulang, siksaan ketika menghadapi sakaratul maut atau kematian pasti berlaku. Antaraya :-
1. Merasa sangat haus
2. Merasa sangat lapar
3. Keadaannya yang sangat hina
Seterusnya apabila mengadap Allah, siksaan orang yang meninggalkan solat waktu ketika bertemu Allah adalah seperti berikut :-
1. Orang meninggal solat akan dibelenggu oleh Malaikat
3. Dosa-dosanya tidak akan diampun malahan akan diseksa dengan azab yang pedih di Neraka Wail.
Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang menghantukkan kepala mereka pada batu, Setiap hentakkan akan berkecai kepalanya. Kemudian ia kembali kepada keadaan asalnya. Begitulah kitarannya tanpa henti.
Lantas Rasulullah bertanya, "Siapakah ini wahai Jibrail?"Jibrail menjawab, "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat Fardhu."
(Hadis Riwayat Tabrani, sanad shahih).
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya kubur itu adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas itu akan lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, nescaya perjalanan selepas itu akan lebih sukar lagi."
(Hadis Riwayat Tarmizi).
Kesimpulannya, setiap yang mengaku muslim wajib menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Sekiranya kita engkar, maka azab Allah itu sangat pedih. Semoga kita sentiasa kuatkan iltizam untuk tidak meninggalkan solat fardhu dan berusaha untuk menjadi hamba Allah, semoga semua amalan baik kita di dunia diberkati dan diterimaNya.
|
| ke Laman UTAMA |
-----------------------------------------------------------------------------------
4 Komentar untuk "Dosa orang meninggalkan solat lima waktu"
Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :)
kamu suka main game online?? yuk buruan gabung bersama kami di fansbetting ya guys, ,disini kami tersedia berbagai macam game online loh, untuk tanya" bisa langsung
di add contact kami dibawah ini ^-^
WA kami @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting3
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,
Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :) Invite BB : < 5EE.80.AFE >
WA @ +855 963 156 245
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3239-irsyad-al-hadith-siri-ke-359-hadith-palsu-berkaitan-meninggalkan-solat-5-waktu