Mee Udang Banjir Mak Teh lagi panas - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Mee Udang Banjir Mak Teh lagi panas

Kedai Mee Udang Banjir Mak Teh
Hari ini, 03 Mac 2019 cuaca sangat panas sepanas pilihanraya Semenyih 2019 yang semalam. Semalam itu lagi panas rasanya kerana keputusan prk Semenyih menyaksikan pertandingan satu lawan satu diantara Parti Harapan dan Barisan Nasional. Sangat sengit hanya perbezaan 1000 lebih majoriti, calon BN menang di Semenyih. Namun penghormatan yang tinggi diberikan oleh PAS kerana memberi laluan kepada calon BN bertanding menentang PH adalah suatu pengorbanan yang sangat besar. Syabas kerana semangat memartabatkan bangsa Melayu tercetus pada kali ini.

"PAS bersatu untuk prk kecil Semenyih 2019 tapi bukan pilihanraya umum kerana mereka pasti akan rugi besar, itu kata Tun Mahathir selepas mengulas kekalahan PH di prk Semenyih semalam.

Tapi persetan semua itu kerana hari ini tak kira siapa yang menang, hidup tetap diteruskan. Janganlah menang sorak kampung tergadai pula. Hari ini dalam sejarah apabila perjalanan jauh yang tidak kurancang, on tetap on. Bangun pagi je terus tersemboi nak makan mee udang. Memang lama sudah tak rasa, nanti kempunan le pulak. 
Perjalanan dari Teluk Intan ke Kuala Sepetang lebih kurang 2 jam 45 minit kalau pandu lebih kurang 100 km sejam dengan lancarnya (berhemah tu). Pejam celik, pejam celik dah sampai Simpang Empat, Taiping. Bukan aku yang pejam, tapi anak-anak le, takkan driver nak pejam kot. So dari Simpang Empat lebih kurang 15 minit lagi ke Kedai Mee Udang Mak Teh dah nampak banyak kedai makan sepanjang jalan. Kebanyakannya base pada mee udang banjir sebagai daya penariknya. Tapi aku tetap nak ke Kedai Mee Udang Banjir Mak Teh.

Kenapa?

Nanti cerita ye.

Sesampai di Kedai Mee Udang Mak Teh, alhamdulillah..orang tak ramai. Cari port biasa berhampiran dapur masak sebab boleh tengok cara tokey, Mak Teh masak mee udangnya. Tapi tak juga, sebab ralit bersembang. Hari ini mee udang banjir kecil sahaja, udangnya ada 15 ekor. Tak teringat pula nak order Mee Udang Special, aduyai. Tak silap yang ini pula ada 6 ekor udang besar dalam mee udang banjir tersebut.
Kedai Mee Udang Mak Teh Kuala SepetangWarung Mee Udang Banjir Mak Teh



Selain terkenal dengan Mee udang banjir, ada juga menu lain seperti nasi goreng udang, nasi pataya, mee goreng dan lain-lain. So hari ini order 3 mangkuk Mee Udang Banjir Mak Teh, 1 mee extra kuah kosong dan nasi goreng udang. Mee kuah kosong ini yang aku order. Sebab rasa kuahnya yang marvelous rugi kalau tak dimakan dengan mee yang banyak. Udang ni takde hairan sangat, blh beli sendiri pastu masuk je dalam mee tu kan. So kelebihan mee udang banjir Mak Teh yang lembut dan udangnya yang segar dari jeti, WOW 5 bintang untuknya kedai Mee Udang Banjir Mak Teh ini. Ini kali kedua aku ke sini bersama famili walaupun sudah lebih 6 kali ke Kuala Sepetang semata-mata nak makan Mee Udang Banjir dari Taiping ni. 


Warung Mee Udang Banjir Mak Teh

Jadi untuk semangkuk Mee Udang Banjir Mak Teh (biasa) harga semasa, hanya RM12 manakala Mee Udang Banjir Mak Teh Special, hanya RM15.

Murahkan???

Apalagi...guna google maps atau waze taip sahaja "Mak Teh Mee Banjir Udang", In shaa Allah, you will arrive at destination. Welcome to Mee Udang Banjir Mak Teh.

Wassalam.
Kedai Mee Udang Banjir Mak Teh


1 Komentar untuk "Mee Udang Banjir Mak Teh lagi panas"

Numpang promo ya min^^
Segera 9abung bersama saya.. (upd4te 8ett1n9)
Proses cepat, aman dan terpercaya..


Back To Top