Darah tinggi, sakit baru cari ubat - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Darah tinggi, sakit baru cari ubat


Ramai dikalangan kita tidak mengetahui bahaya penyakit darah tinggi ini. ia dilabelkan sebagai 'silent killer'. Satu dari tiga orang penduduk Malaysia berisiko menghidapi darah tinggi. Namun kehadirannya hanya disedari setelah datangnya simptom darah tinggi tersebut. Contohnya seorang pesakit darah tinggi mungkin bermula dengan gout. Penyakit gout ini adalah disebabkan kandungan asid urik dalam badan di paras tinggi. Gout biasanya menyerang kaki dan sendi badan. Sakitnya gout boleh menyebabkan anggota yang berkenan tidak boleh digerakkan kerana terlalu sakit. punca gout boleh berlaku dari pengambilan makanan berkacang seperti kacang tanah, kacang kuda, kacang bendi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Ditambah dengan kandungan gula yang tinggi dalam darah, anda mungkin berisiko menerima strok (serangan jantung).


Langkah pertama untuk mengawal penyakit darah tinggi

Tanda-tanda awal penyakit darah tinggi seperti di atas boleh dikawal. Dengan tenang, sila dapatkan rawatan hospital. Biasanya hospital akan mendapatkan maklumat dari pesakit melalui sesi soal jawab. Disusuli dengan menyemak tekanan darah anda menggunakan mesin tekanan darah (blood pressure machine). Keadaan darah normal rehat adalah di bawah 70 detik sesaat dan 120 detik sesaat untuk masa mengepam darah (sedut dan keluar nafas). Sekiranya paras mengepam darah  minima 140 dan rehat 101 detik sesaat, sahlah anda menghidap penyakit darah tinggi. (Sila lakukan semakan menggunakan mesin tekanan darahsemasa anda dalam keadaan rehat dan tidak mengambil makanan berat/selepas melakukan senaman).


Setelah itu, anda akan diberi seminggu untuk membuat semakan harian tekanan darah. Sila ambil tekanan darah sesedar bangun pagi kerana waktu ini tekanan darah sebenar boleh diketahui. Bolehlah anda membeli mesin tekanan darah dari farmasi berkaitan dengan kadar harga minima RM130 dan ke atas.


Selepas menyedari kehadiran darah tinggi, bolehlah mengurangkan pengambilan makanan berisiko darah tinggi seperti berkacang, berlemak. seafood dan air gas.





Cara merawat atau mengubat darah tinggi

Berikut beberapa perkongsian yang boleh diamalkan oleh pesakit darah tinggi untuk mengatasi tekanan darah tinggi


1. Bawang putih

Amalkan memakan tiga ulas bawang putih. Boleh dimakan terus atau dibakar sedikit. Amalkan seawal pagi dengan memakan terus atau bersama nasi atau roti. Sesudah itu makan sedikit daun pudina untuk menghilangkan bau pada mulut. Terus menerus amalkannya.


2. Pucuk beko

Biasanya ditemui di kampung secara liar dan boleh ditanam. Dengan mengambil beberapa pucuk beko setiap kali makan tengahari dan makan malam, nescaya dapat mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan memperbaiki aliran darah dalam badan. Rasanya sedikit pahit boleh juga dimakan terus.


3. Daun saderi dan epal hijau

Ambil beberapa helai daun saderi dan sebiji epal hijau. Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin pengisar bersaama segelas air. Kisar selama maksima 30 saat. Amalkan meminumnya sebelum tidur.


4. Bunga Raya

Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Cara makan
1-2 camca teh bunga raya kering
-1 cawan air masak
-Madu, lemon, atau 1-2 batang kayu manis (pilihan)


5. Minum Air Kelapa

Cara menurunkan darah tinggi adalah dengan cara minum air kepala 1-2 kali sehari sebaik-baiknya sekali pada waktu pagi (minima 8 auns sekali minum).


6. Minyak Ikan

Ia mengandungi asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Ia terbukti dapat menurunkan tekanan darah tinggi disamping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL baik.


7. Herba Hawthorn baik untuk jantung

Ia merupakan herba ruji baik untuk jantung. Ia diperkaya dengan flanovoid iaitu iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

Dengan pengambilan 4 camca serbuk beri hawthorn, 1/2 - 1 camca serbuk kay manis, madu asli, air dan serbuk koko (carob). 



Cara guna dengan memasukkan serbuk hawthon dan kayu manis di dalam mangkuk. Kemudian masukkan madu secukup rasa dan air hingga menjadi pes. Seterusnya masukkan serbuk koko (carob) ke dalamnya sehingga ia membentuk doh dan membentuk menjadi bebola kecil. Akhir sekali bakar dalam ketuhar pada suhu tidak lebih 150 darjah Fahrenheit sehingga kering. Simpan dalam balang kaca yang kering jauh daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk. Makan sebiji sehari.



8. Senaman

Amalkan senaman 30 minit setiap hari terutama awal pagi. Antara senaman yang boleh diamalkan ialah berlari setempat, berjalan keliling rumah dan senaman lain seperti gerakan tai chi dan zomba.


Cara mengatasi darah tinggi secara semulajadi

  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal.seperti bersukan
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan.
  • Berhenti merokok dan tidak mengambila alkohol/arak
  • Hindari tekanan


Dengan perkongsian ilmu berkaitan darah tinggi dan cara merawat darah tinggi di atas, diharap ia dapat membantu kita yang setiap hari terdedah dengan penyakit darah tinggi ini yang dianggap 'silent killer' yang mengakibatkan lumpuh dan boleh membaw maut secara mengejut. Beringatlah sebelum kena, rawat sebelum parah. Sekian terima kasih.

1 Komentar untuk "Darah tinggi, sakit baru cari ubat"

Izin promo ya min^^
Ayo kunjungi (upd4te8ett1n9) dan daft4rkan d1ri 4nda
deposit, mainkan dan m3n4n9kan taruhanny4
WA +855 979 542 957


Back To Top