Informasi di hujung jari

Resepi mudah roti sosej sedap


Bagaimana masak roti sosej

Bahan-bahan

  • 6 ketul roti panjang (dipotong tengah)
  • 6 batang sosej (direbus dan dipotong dua)
  • 4 biji telur ayam
  • Kubis (dipotong halus)
  • 2 Ulas bawang besar (dipotong dadu dan kecil)
  • Sesudu sos tiram
  • Kicap seasoning Maggi
  • Mayonis
  • Marjerin
  • Sos Cili

Bagaimana buat roti sosej

Cara masak roti sosej



1. Panaskan kuali dan masukkan sesudu marjerin. Masukkan bawang besar dan sesudu sos tiram. Goreng selama 5 minit dengan api sederhana, kemudian diangkat.

2. Pecahkan semua telur ayam dan masukkan sedikit garam dan sedikit kicap seasoning sebagai perisa dan dikacau sehingga sebati.

3. Panaskan kuali dan masukkan sesudu kecil marjerin sebagai minyak. Kurangkan api lalu dimasukkan telur dikacau tadi (lebih kurang 4 sudu) ke dalam kuali. Secepat mungkin masukkan sebatang sosej  yang telah dibelah dua ke dalam kuali. Letakkan di atas telur, lalu dicampurkan dengan sedikit kubis, bawang besar (yang telah dimasak tadi) dan sesudu Mayonis (pastikan api masih perlahan).


4. Kemudian kuatkan api, tekupkan roti ke dalam kuali di atas batang sosej tadi dan dihimpit dengan sudip kuali selama 1 minit, kemudian diangkat.

5. Buat sehingga habis keenam-enam roti tadi (ulangi langkah 3 dan 4).


6. Akhir, roti siap dimasak boleh dimakan terus atau disapu dengan sos dan mayonis untuk melazatkan lagi roti sosej tersebut.

7. Hidangkan roti sosej bersama teh O. Selamat mencuba.

bagaimana masak roti sosej

1 Komentar untuk "Resepi mudah roti sosej sedap"

sedapnya resepi ni. senang pula tu. boleh cuba ni...

cara mencegah sakit sendi

Back To Top