Informasi di hujung jari

Apa fungsi sitemap kepada blogger?


tips buat sitemap blog


Tujuan sitemap ialah untuk mempermudahkan dan melancarkan indeks oleh Google. Dengan cara ini kita sebenarnya telah membantu enjin pencarian untuk mengindeks url blog dengan mudah dan cepat. Robot enjin pencarian dapat menjelajahi blog kita melalui sitemap, ia lebih sistematik dan dapat melancarkan tugasan mereka dengan cepat.

Apa itu sitemap blog? Sitemap merupakan info direktori url yang terdapat dalam sesuatu blog itu. Setiap url mengandungi metadata. Metadata mengandungi semua maklumat termasuklah  terkini bila kali terakhir blog dikemaskini oleh kita.

Apa fungsi sitemap blog? Sebagai penulis blog, sitemap adalah penting untuk meningkatkan informasi url blog yang boleh dijelajahi (crawl) oleh enjin pencarian. Ia menggunakan robot-robot pencarian yang memainkan peranan menjelajahi setiap url (semua url termasuk artikel, kategori, archive dan lain-lain lagi). Secara tidak langsung ia dapat mempermudahkan indeks oleh Google. Sebaliknya apabila kita tidak menggunakan sitemap, robot enjin pencarian terpaksa menjelajah ke setiap halaman anda satu persatu. Bayangkan anda mempunyai beratus-ratus atau beribu-ribu artikel, ini akan menjadikan blog anda sukar diindeks malahan menjadikan blog tiada pengunjung. 


Bagaimana buat sitemap blogspot? Berikut adalah dua pilihan untuk anda membuat sitemap blog.

1. Buat sitemap di file robots.txt atau
2. Hantar URL anda ke Google webmasters tools

Sitemap boleh diedit dalam blogger.com anda. Caranya, anda login blog anda. Sila ke Setting pilih Search Preferences dan pilih Custom robots.txt. Seterusnya klik 'Yes' dan buat sedikit edit berikut :-


Masukkan kod berikut dalam edit Custom robots.txt.

User-agent: *
Disallow: /search
Allow: /
Sitemap: http://yourblogname.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Tukarkan "yourblogname.blogspot.com" dengan nama url blog anda. Yang lain-lain jangan disentuh. Klik "save changes"

bagaimana buat sitemap blogspot

Ye apabila telah mengedit sitemap blog, kita telah memberitahu enjin pencarian mengenai sitemap blog supaya bots dapat mengetahui struktur laman blog kita.

Cara kedua dan paling pantas ialah dengan menghantar URL ke Google Webmaster tool, klik di sini.
Sekian harap ini dapat membantu anda semua.
0 Komentar untuk "Apa fungsi sitemap kepada blogger?"

Back To Top