Ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu, takyah le ambil. Itu ayat mudah agar tidak terjerat dengan masalah pembayaran kad kredit.
Masih terdapat banyak promosi kad kredit di pasaraya-pasaraya di Malaysia. Walau hakikatnya menggalakkan e-kad tetapi bukanlah berbentuk hutang tetapi debit. Mana maunye simpan duit dalam bentuk debit sebab selagi ada duit ditangan, selagi itulah hendak dihabiskan. Sudah lumrah manusia, begitulah kita sebenarnya.
Namun bagi akulah, kad kredit ini macam pisau. Sebagai pemotong daging, lagi tajam mata pisau, lagi bertambah efisyen kerja melapah daging. Begitulah juga dengan kad kredit, pandai pakai maka pandailah membayarnya ikut masa ditetapkan. Disiplin berterusan ini akan membuka mata untuk pihak bank memberi pinjaman dan ganjaran kad kredit yang lebih hebat lagi dikemudian hari.
Kalau pisau diberi pada seorang budak dah tentu merbahaya dan akan melukainya.
Kad kredit dari pelbagai bank dan syarikat sentiasa bersaing untuk mendapatkan pelanggan, pandai-pandailah pilih. Pelbagai ganjaran dan kemudahan disediakan untuk menarik minat pelanggan. Baru-baru ini, aku diberi pilihan untuk membuat redeem atau ganjaran. Sehingga tak tahu nak pilih apa, akhir sekali aku ambil ganjaran duit sahaja. Jadilah, walaupun tidak banyak, lepaslah beli pampers anak.
Kemudahan kad kredit juga boleh digunakan untuk membeli kenderaan. Bandingkan harga dan maksima kredit yang diberikan. Kalau banyak, boleh beli kereta mewah tanpa ada caj faedah bulanan.
Bagi yang suka bershopping, contoh di Lazada atau Shopee, boleh gunakan kad kredit untuk tambah nilai wallet. Boleh guna aplikasi Shop Back untuk dapat Cash Back. Di situ ada tiga kelebihan iaitu -
- Dapat BP untuk kad kredit
- Dapat Cash Back dari Lazada Wallet
- Dapat Cash Back daripada aplikasi Shop Back
Banyak lagi kemudahan-kemudahan lain daripada kad kredit ini. Apa pun, berbalik kepada pemegang kad kredit sendiri. Yang tak boleh kawal nafsu, gaji RM3000 tapi belanja sakan hingga RM4000! Berhati-hatilah. Sentiasa beringat sebelum terjerat dengan masalah kad kredit ini. Wassalam.
1 Komentar untuk "Kad kredit membantu atau membunuh?"
Ayo kunjungi (upd4te8ett1n9) dan daft4rkan d1ri 4nda
deposit, mainkan dan m3n4n9kan taruhanny4 (WA +855 979 542 957)