Berapa harga Vivo Nex 3 5G di Malaysia? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Berapa harga Vivo Nex 3 5G di Malaysia?


Vivo Nex 3 5G merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi 5G. Ia mempunyai skrin paparan luas serta licin di keseluruhan muka depan hingga membawa ke bahagian belakang telefon pintar tersebut seperti waterfall.




Reka bentuk Vivo Nex 3 5G

Vivo Nex 3 tidak didedahkan dengan butang, kamera dan port (ada dalam paparan apabila dipanggil). Bermakna muka depan Vivo Nex 3 keseluruhannya 100% paparan skrin. Paparan skrin membawa ke tepiannya yang melengkung maka tiada "sisi". Ia sangat mudah untuk dicengkam dengan lebih erat lagi dan tampak mewah. Tepiannya disokong oleh maklum balas haptik yang realistik dikenali sebagai Touch Senses. Ia ditanda sebagai isyarat visual dan sebelahnya terdapat butang kuasa Vivo Nex 3 dengan tekstur kasar sedikit sebagai perbezaan.



Bahagian atasnya terdapat kamera pop-up dan butang kuasa kedua serta alat dengar yang mengeluarkan audio Hi-Fi.


Paparan Vivo Nex 3 menggunakan AMOLED selebar 6.89 inci (disokong tepian melengkung). Pendek kata, paparan Vivo Nex 3 adalah skrin paling melengkung yang ada pada telefon pintar masa kini iaitu nisbah screen-to-body mencapai 99.6%. Ini menjadikan pengalaman menonton youtube atau video serta permainan video yang sangat menarik dan realistik.



Vivo Nex 3 dilengkapi kamera 64 Megapiksel. Ia muncul sebagai pop-up (di bahagian atas). Kameranya menggunakan teknologi sensor imej ISOCELL Bright GW1 dengan sensor 1/1.7 inci dan 0.8μm saiz piksel.


Kamera swafoto dilengkapi sebanyak 16 Megapiksel. Juga muncul sebagai pop-up (di bahagian atas) dengan 1.6μm saiz piksel.


Vivo Nex 3 menggunakan bateri capasiti 4500 mAh iaitu salah satu bateri yang terbaik yang dihasilkan Vivo. Mampu bertahan walau bermain permainan video selama 3 jam atau berjam-jam tanpa gangguan kelancaran skrin.


Vivo Nex 3 didatangkan dengan alat mengecas FlashCharger 22.5W yang mampu mengecas 60% dalam masa 30 minit. Untuk caj 100% hanya mengambil masa tidak sampai satu jam, WOW! hebat bukan??



Berapa harga Vivo Nex 3 5G di pasaran Malaysia?


Vivo Nex 3 5G merupakan peranti pertama menggunakan teknologi 5G. Dilengakapi ciri menarik paparan, kamera dan banyak lagi. Reka bentuk Vivo Nex 3 5G yang unik dan nampak mewah. Maka harga pasaran Vivo Nex 3 5G Malaysia adalah RM3899 (pra-tempahan). Sila kunjungi wakil pengedar rasmi Vivo berdekatan, rakan kolaborasi, atau di Lazada, Shopee, Vivo store.


1 Komentar untuk "Berapa harga Vivo Nex 3 5G di Malaysia?"

Admin numpang promo ya ^^
Yuk join sekaran9 dan pasang jag0an mu hanya di upd4te8ett1n9 ^_^


Back To Top