Cara Sangat Berkesan lajukan pc atau laptop anda - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara Sangat Berkesan lajukan pc atau laptop anda


Bosannya kalau laptop slow? Terutama apabila sedang buat kerja, menonton video atau melayari internet. Pada saat ini, rasa macam nak hempaskan laptop ni ke tanah je!.


Sedarkah kita ada beberapa cara untuk lajukan pc anda? Atau desktop / laptop / netbook anda? Untuk semua di atas sila beri perhatian kepada sistem operasi yang digunakan. Ini kerana untuk mencari bahagian teknikal atau memanggil bahagian dalam sistem ini adalah tidak sama bagi setiap Windows. Namun sama sahaja tujuannya iaitu untuk melajukan laptop anda.

Untuk itu ada 6 langkah magis lajukan laptop anda, iaitu :-

1. Tutup program yang tersangat aktif

Langkah-langkahnya :-

Dalam operasi sistem Windows 10 ini, klik kanan menu Start dan pilih Task Manager.



Lihat bahagian Apps. Sekiranya ada kolum berwarna MERAH, bermaksud aplikasi tersebut beroperasi secara berlebihan (overload). Pilih aplikasi tersebut dan tekan butang End Task di penjuru kanan bawah sekali.


2. Disk CleanUp

  • Sila taip Disk Cleanup di ruang Search. Kemudian pilih drive C dan tekan OK. Atau,
  • Tekan Windows Key + R. Taip cleanmgr dan tekan Enter.
 




Seterusnya untick fail yang banyak ruang dan TIDAK DIPERLUKAN.


3. Padam fail Sementara (Temporary folders)



Sila ke kotak Search, taip %temp% dan klik padanya. Senarai fail akan terpapar di bawah folder Temp. Padam semua fail jenis TMP.


4. Minima Animasi pada Windows



Taip Advanced System Settings di kotak Search. Pada paparan System Properties lihat Performance. Di bawah Performance sila tekan butang Settings. Pilih butang Customs. Tandakan tick pada butang seperti di bawah sahaja.



Kemudian tekan butang Apply dan OK. Selesai.


5. Optimize di Defragment

Taip defragment di kotak Search. Klik Defragment and Optimize Drives. Klik pada Drive C dan klik butang Optimize.



6. Tutup Search Indexing





Sila taip Indexing Option dalam kotak Search. Pada kotak Indexing Options sila klik butang Modify. Pastikan anda buang semua butang tick pada drive di bahagian Change selected locations dan tekan butang OK.


Selesai sudah 6 langkah lajukan pc laptop anda. Tetapi jangan lupa kosongkan Recycle Bin. Caranya tunjuk kursor pada Recycle Bin dan tekan kanan pada mouse dan pilih Empty Recycle Bin.


1 Komentar untuk "Cara Sangat Berkesan lajukan pc atau laptop anda"

Admin izin promo ya^^
Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g


Back To Top