Castella Cafe tempat makan atas air - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Castella Cafe tempat makan atas air


Seandainya anda ingin melawat ke Gerik, jangan lupa singgah di Castella Cafe. Sebuah tempat makan sedap wajib singgah apabila berada di Gerik ini. Suasana persekitarannya berlatar belakangkan rimba dan air sungai sungguh tenang dan menyeronokkan.



Lokasi Castella Cafe

Apabila anda berada di bandar Gerik dari Ipoh, sila terus bergerak ke utara menghala Pengkalan Hulu. Lebih kurang 3 kilometer dalam perjalanan, anda akan berjumpa simpang tiga (ada lampu isyarat), belok kanan. Lebih kurang 1 kilometer sahaja lagi, anda akan menemui Castella Cafe di sebelah kanan jalan (selepas jambatan). Dapatkan lokasi waze Castella Cafe di sini, KLIK SINI



Digazetkan tempat best Gerik, Castella Cafe wajib singgah. Sekiranya anda inginkan kelainan dari segi hidangan dan makanan, sila datang ke sini. Ini kerana ada masakannya dihidang dalam batang buluh. Makanannya boleh ditempah mengikut menu yang diberikan. Anda boleh rasakan pelbagai masakan sungai terutama ikan-ikan yang berada di sini. Sesungguhnya memanglah Castella Cafe tempat makan sedap yang wajib anda rasakan.
Apa best Castella Cafe ?

Konsep tempat makan di atas air yang diperbuat daripada buluh. Satu meja boleh diduduki 6 orang dewasa. Meja ini diletakkan di atas air berkonsepkan makan air atas air yang pertama di Malaysia.


Ingin kelainan, sambil duduk makan, kaki anda berada di air ditambah dengan suasana tenang. Walaupun sejuk, sungguh tenang rasanya seperti satu terapi minda, memang Castella Cafe terbaik.


Bolehkah datang terus dan menikmati makanan Castella Cafe? Tidak boleh. Ini kerana hanya yang membuat tempahan awal sahaja yang akan dilayan. Untuk tujuan itu anda mesti membuat tempahan melalui telefon, rujuk nombor telefon di bawah.

 

Jika anda ingin datang dan membawa makanan mentah sendiri seperti membuat aktiviti BBQ, sila maklumkan juga kepada kepada pengurusan Castella Cafe untuk tempahan tempat (lebih awal).


Sekiranya air sungai cetek, anda akan mendapati banyak meja buluh atas air sehingga ke seberang sungai sebelah sananya. 


Sambil itu, untuk aktiviti mandi-manda juga disediakan kemudahan pelampung. Boleh berhubung terus dengan pihak Castella Cafe untuk menempah. 


Kemudahan menginap di chalet disediakan di sini. Anda boleh membuat tempahan awal agar tidak terlepas dari menginap di sini pada tarikh yang anda inginkan. Ini kerana kemudahan chalet disediakan adalah terhad. Sila berhubung dengan pihak pengurusan Castella Cafe untuk tempahan awal.



Sekiranya anda ingin mengadakan aktiviti perkhemahan, bolehlah menempah tapak perkhemahan. Tapak khemahnya terletak di seberang sungai. Kemudahan lain yang ada di sini seperti surau, rakit dan chalet terbuka.


Disyorkan kepada anda yang berada di bandar sana, marilah sama-sama rehatkan minda di Castella Cafe sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik Perak (tempat menarik Gerik), sungguh anda akan mendapati rasa ketenangan alam rimba semulajadi 100% sambil merasakan masakan kampung dan bermandi-manda (sesuai untuk kanak-kanak). Sekian.

Aktiviti di Castella Cafe



Pilih menu Castella Cafe



0 Komentar untuk "Castella Cafe tempat makan atas air"


Back To Top