Burger Terbesar Dunia seberat 813.7 kg - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Burger Terbesar Dunia seberat 813.7 kg



Rekod burger terbesar dunia direkod seberat 1794 pound atau 813.7 Kilogram. Ia disediakan oleh Restoran Mallie's Sports Grill & Bar di Southgate Michigan, Amerika Syarikat.



Syarikat tersebut mengambil masa empat tahun merancang bagaimana memasak burger daging tersebar dunia tersebut. Ianya memang ada dalam senarai menu restoran tersebut.



Steven Mallie pemilik restoran berkenaan telah memulakan jualan burger pada harga USD10 sebiji burger. Bermula tahun 2008, beliau telah mula memikir dan mengeluarkan burger yang berdaya saing dan bercitarasa tinggi. Bermulalah di situ, beliau berjaya menghasilkan burger terbesar dunia dan dicatat dalam Guiness Book of Records seberat 138 pounds atau 62.6 kg.



Namun rekod tersebut tidak bertahan lama, apabila sebuah restoran dari Jepun telah berjaya merampas mahkota raja burger terbesar dunia tersebut.


Sejak itu, Mallie berikrar untuk mengambil kembali mahkota Raja Burger berkenaan sehingga terhasilnya burger terbesar dunia yang beratnya 813.7 Kilogram. Sejak awal pagi Mallie memasak seberat 771.1 kg daging lembu dimasak atas satu oven besar. Oven berkenaan mengambil masa 1 1/2 bulan untuk disiapkan.


Daging yang dimasak disaji bersama 136 kg keju, tomato, bawang potong dan salad. Manakala roti burger disumbangkan oleh Syarikat Roti Michigan. Burger terbesar dunia ini mengambil masa 16 jam 30 minit untuk disiapkan sepenuhnya.



Ukuran burger berkenaan mencapai sehingga tiga kaki tinggi dan lima kaki lebar boleh dimakan sepenuhnya. Kata pemilik restoran berkenaan,


"Ini bukan untuk sekali buat sahaja tetapi boleh ditempah sebagai menu istimewa kami untuk dijual dengan harga USD7799 sebiji. Sila maklumkan tiga hari awal untuk tempahan dan boleh digunakan untuk sambutan majlis dan lain-lain".



0 Komentar untuk "Burger Terbesar Dunia seberat 813.7 kg"


Back To Top