4G Maxis down - Beritahu

Informasi segenap lapisan

4G Maxis down


[Terkini : 07/10/2019 15:30] : Maxis sedang berusaha menyelesaikan masalah isu tersebut. Berikut adalah pernyataan oleh pihak Maxis :


Kami memohon maaf kepada semua pelanggan Hotlink dan Ookyo yang mengalami gangguan talian perkhidmatan. Pihak kami sedang berusaha keras untuk membaiki masalah ini dengan kadar segera. Pelanggan akan diberitahu sebaik perkhidmatan dapat dipulihkan sepenuhnya. Kami mengucapkan terima kasih di atas kesabaran dan sokongan anda terhadap Maxis.


[Terkini : 07/10/2019 18:30] : Terdapat masalah pada sambungan EDGE / 2G pada dua garis pasca bayar Maxis di kawasan Petaling Jaya. Pihak kami sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin.


[Terkini : 07/10/2019 23:10] : Selepas 9 jam, rangkaian Maxis belum dapat dipulihkan lagi. Pengguna masih disambungkan ke 2G / 3G. Kemaskini terbaru mendapati mereka masih berusaha untuk memperbaiki masalah secepat mungkin.


[Terkini : 08/10/2019 10:00] : Maxis telah berjaya memulihkan perkhidmatannya. Berikut adalah pernyataan dari Maxis :


Untuk makluman semua, sistem perkhidmatan Maxis telah berjaya dipulihkan. Pihak kami sentiasa memantau keadaan ini agar perkhidmatan terus stabil. Kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada semua pelanggan Maxis yang terlibat dan berterima kasih di atas kesabaran dan memahami situasi ini.


Maxis telah mengalami masalah rangkaian 4G mereka. Beberapa pengguna telah melaporkan kehilangan sambungan 4G dan hanya memaparkan sambungan peranti 3G pada jam 2 petang semalam.

Hal ini telah menjejaskan pengguna Maxis di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Pihak Maxis sedar masalah ini dan sedang cuba mengatasinya secepat mungkin. Pada ketika ini tidak dapat dipastikan bilakah rangkaian 4G Maxis dapat pulih sepenuhnya.


0 Komentar untuk "4G Maxis down"


Back To Top