Siaran TV Analog berakhir 14 Oktober ini - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Siaran TV Analog berakhir 14 Oktober ini


Apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas atau di kaca televisyen anda seperti ; 



" Siaran tv analong akan berakhir 14 Oktober 2019, sila beralih kepada siaran tv digital.... "

Ianya ditujukan kepada televisyen yang guna antena atau "aerial tv". Suatu masa dahulu sangat popular sehingga ada yang memasang antena ini setinggi pokok kelapa semata-mata untuk mendapatkan siaran TV3 pada waktu itu.


Sekiranya anda menerima mesej di atas, janganlah bimbang jika :-

1. Anda telah melanggan dekoder Mytv. Sekiranya belum tetapi anda berada dikalangan golongan b40, anda berhak mendapatkan dekoder Mytv secara percuma, sila KLIK DI SINI untuk semakan.


2. Anda sudah melanggan siaran Astro, Astro njoi, unifi dan lain-lain siaran berbayar. Ini kerana pakej-pakej ini sudah dilengkapi dengan siaran tv digital terkini.


Selain dua di atas, sila ambil langkah untuk mendapatkan Mytv di kedai elektrik atau kaunter Astro untuk melanggan pakej promosi Astro serendah RM36 sahaja.



0 Komentar untuk "Siaran TV Analog berakhir 14 Oktober ini"


Back To Top