Permohonan ke Kolej Vokasional Ambilan Januari 2020 - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Permohonan ke Kolej Vokasional Ambilan Januari 2020


Permohonan ke Kolej Vokasional Ambilan 2020 dibuka dari 15 Oktober hingga 19 Disember 2019.


BACA MANUAL TERLEBIH DAHULU

Permohonan ke Kolej Vokasional, sila akses laman sesawang Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (link di bawah sekali).

1. Bagi lepasan Tingkatan 3 yang telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sila pilih Program KV & SMT (ruangan sebelah kiri atas), sila klik 'Permohonan Kemasukan' di bawahnya.


2. Seterusnya sila pilih dan klik MURID LEPASAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).



3. Di laman sesawang seterusnya, sila masukkan No.My Kad pelajar tersebut dan tekan butang Klik Untuk Masuk. Sekiranya tidak berjaya, sila berjumpa guru kelas Tingkatan 3 dan mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas tersebut.

Sila isi maklumat dengan betul dan buat semakan berulang kali. Anda bolehlah memohon kursus yang ditawarkan mengikut minat masing-masing.


Apakah syarat untuk mohon Kolej Vokasional?

Ada dua syarat iaitu :-

  1. Syarat umum
  2. Syarat khusus


1. Syarat umum

i.) Calon mestilah telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS 2019) merangkumi :-

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

ii.) Sihat tubuh badan
iii.) Tiada kecacatan / kecederaan / sejarah penyakit yang membataskan kerja praktikal dan amal
iv.) Tidak Rabun Warna / Buta Warna
v.) Bebas masalah mental
vi.) Calon berminat dengan program yang dipohon


2. Syarat khusus


  • Minima gred D subjek Bahasa Melayu dan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (PT3)
  • Minima Tahap Penguasaan 3 bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Pentaksiran Bilik Darjah–PBD

Syarat tambahan (Program IBM P-Tech@Kolej Vokasional (KV Sg.Buloh & KV Sepang)
  • Minima Gred C subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik (PT3)


Anda boleh buat Semakan Keputusan dengan memilih Semakan Keputusan setelah mengetahui pengumuman keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional diwar-warkan. Sekian semoga berjaya.


Untuk membuat permohonan Kolej Vokasional Ambilan Januari 2020 sila KLIK DI BAWAH INI https://sptv.moe.gov.my/


0 Komentar untuk "Permohonan ke Kolej Vokasional Ambilan Januari 2020"


Back To Top