Cara mengaktifkan mode gelap Instagram telefon iPhone dan Android - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara mengaktifkan mode gelap Instagram telefon iPhone dan Android


Ini seiring dengan kemajuan teknologi dalam beberapa aplikasi yang bertujuan memudahkan kepada penglihatan yang lebih jelas di dalam penggunaan telefon bimbit iOS dan Android seperti Gmail, WhatsApp, Twitter, Pinterest dan Tumbler. Terkini Instagram melancarkan satu lagi ciri Instagram kepada mode gelap untuk operasi telefon bimbit iPhone iOS 13 dan telefon bimbit Android 10.


Perkara ini dengan rasminya telah dimaklumkan pada hari Selasa (semalam) di Tweet Adam Mosseri, Ketua Aplikasi Instagram, memberitahu mode gelap untuk iOS dan Android boleh digunakan sekarang.




Namun langkah seterusnya tidak dimaklum sama ada perlu pengguna perlu menukar ciri tersebut secara manual atau sudah sedia ada.


Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit pintar tersebut, pastikan anda telah mengemas kini sistem telefon Iphone atau Android kepada yang versi terkini.


Cara mengaktifkan mode gelap Instagram telefon iPhone iOS 13.
  1. Sila pastikan anda mengemaskini aplikasi Instagram kepada versi terkini.
  2. Buka aplikasi Tetapan (Settings) di iPhone anda
  3. Klik Paparan dan Kecerahan (Display and Brightness), kemudian pilih Gelap (Dark).


Cara mengaktifkan mode gelap Instagram telefon Android 10.
  1. Buka Tetapan (Settings) dan pilih Paparan (Display)
  2. Seterusnya klik Advanced, kemudian pilih Gelap (Dark) dari Menu Tema disediakan.


Selesai. Sila semak aplikasi Instagram anda yang telah berwajah baru.


0 Komentar untuk "Cara mengaktifkan mode gelap Instagram telefon iPhone dan Android"


Back To Top