Taufan Hagibis melanda Jepun selepas 60 tahun - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Taufan Hagibis melanda Jepun selepas 60 tahun


Jepun dilanda Taufan Hagibis apabila berlakunya hujan lebat dan angin kencang di seluruh Jepun. Ia diramalkan sebagai kejadian terburuk dalam enam dekad terakhir ini.



Kejadian Taufan Hagibis yang dahsyat ini telah menyebabkan berlakunya banyak tanah runtuh di Jepun. Kesannya menyebabkan banjir dan lumpur di merata tempat.


Kejadian pertama Taufan Hagibis telah berlaku di Semenanjung Izu  menyebabkan tanah runtuh sebelum jam 7.00 pagi waktu tempatan. Ia dimaklumkan oleh Agensi Meterologi Jepun hari ini (Sabtu).



Amaran cuaca buruk di tahap berjaga-jaga dikeluarkan Pihak Berkuasa Jepun dan mengarahkan kira-kira 1 juta orang tidak meneruskan perjalanan kerana perkhidmatan penerbangan dan keretapi terjejas.


Taufan Hagibis yang bermula di Lautan Pasifik itu, menyebabkan berlakunya hujan lebat hampir seluruh tempat di Jepun termasuk Wilayah Shizuoka dan Mie, di Barat Daya Tokyo dan Chiba di Utara yang mengalami gangguan bekalan elektrik dan kebanyakan rumah, rosak.



Taufan kuat melanda Chiba hari Sabtu telah menyebabkan kematian seorang lelaki di dalam sebuah kereta terbalik di bandar Ichihara, Timur Tokyo.


Pada tahun 1958, telah berlaku taufan seperti Taufam Hagibis ini telah menyebabkan kematian 1200 orang. Ia dilapor oleh Yasushi Kajihara, Ketua Bahagian Ramalan Agensi Meterologi pada sidang akhbar Jumaat lalu.

"Jalan-jalan di Bandar Tokyo menjadi legang semasa berlakunya taufan ini", kata Wayne Hay dari Al Jazeera melaporkan dari ibu Negara Jepun tersebut.

"Kejadian Taufan Hagibis akan menjadi lebih dahsyat terutama penduduk pesisir pantai kerana ia dikaitkan dengan keadaan bulan penuh yang bermaksud air pasang berkemungkinan besar air pasang lebih tinggi daripada biasa", lapor Wayne Hay lagi.



Notis pemotongan kuasa elektrik di wilayah timur pesisir pantai Tokyo seperti Ibaraki dan Chiba telah dimaklumkan lebih awal.

Akibat Taufan Hagibis, lebih daripada 1660 penerbangan dibatalkan, perkhidmatan keretapi termasuk keretapi peluru berkelajuan tinggi dihentikan di bahagian timur dan tengah Jepun.



 


Ini juga memberi kesan kepada perlawanan Ragbi Piala Dunia 2019 yang sedang berlangsung di Jepun hari ini (Sabtu) terpaksa ditangguhkan dam Grand Prix Fi Jepun di Litar Suzuka juga dibatalkan.


#prayforjapan
#Hagibistyphoon
0 Komentar untuk "Taufan Hagibis melanda Jepun selepas 60 tahun"


Back To Top