Berapa harga telefon Realme 5 di Malaysia? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Berapa harga telefon Realme 5 di Malaysia?


Realme pertama kali muncul di China pada tahun 2010 sebagai "OPPO Real". Ia dijenamakan bawah OPPO Electronics Corporation. Pada tahun 2018 ia menjadi jenama sendiri di bawah Syarikat Multinasional Cina BBK Electronics.

Realme telah berjaya mengeluarkan tiga peranti baru iaitu Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1 dengan harga jualan diantara RM599 hingga RM1049.


Kini satu lagi keluaran terkini ialah Realme 5 Pro dengan berat fizikal 184g. Ia mempunyai variasi dua warna casing iaitu biru dan hijau.


Realme 5 Pro menggunakan aplikasi Android mempunyai muatan memori 8 GB dan 128 GB penstoran dalaman. Ia dilengkapi resolusi 20 Megapiksel untuk kamera hadapan dan 13 hingga 19.9 MP kamera swafoto.


Realme 5 Pro mempunyai saiz skrin 5.5 inci. Ia dilindungi waranti selama setahun. Bateri yang berkuasa 4035 mAh. Ia cukup kuat untuk bertahan lebih lama.


Kelebihan Realme 5 Pro


  1. Kamera mampu menangkap potret dan imej dengan pemandangan yang sangat baik (lebih 1.5 lebih besar) menggunakan Teknologi Pembetulan Penyingkiran Lensa Berganda (DLDC).
  2. CPU dinaiktaraf kepada Snapdragon 712 AIE yang dapat meningkatkan prestasi dengan penggunaan kuasa yang hebat. Secara keseluruhan prestasi Realme 5 telah terbukti meningkat kepada 10% dan meningkatakan kecekapan pemprosesan grafik kepada 35%.
  3. Bateri 43% masih kekal selepas permainan video selama 1 jam, menjadikannya 4 kali lebih cepat daripada cas biasa.
  4. Boleh melayani permainan video secara lebih lancar tanpa gangguan dengan hyper boost 2.0
  5. Dengan bateri cas penuh dari sifar selama 1 jam 38 minit sahaja
  6. Gambar malam yang berkualiti tinggi


Berapa harga Realme 5 Pro?

Harga Realme 5 Pro yang ditawarkan ialah RM1015 di Shopee Malaysia. Beberapa ganjaran lain disediakan termasuklah peranti alat sokongan, pengecas VOOC 3.0 dan kabel, alat pendengaran handsfree, buku manual dan sijil waranti.


Tag : realme
0 Komentar untuk "Berapa harga telefon Realme 5 di Malaysia?"


Back To Top