Apakah dimaksudkan BMI
BMI adalah satu ukuran menilai jisim badan berbanding ketinggian
Bagaimana kira BMI?
Cara kira BMI :-
Oleh itu formula Indeks Jisim Tubuh badan (BMI) adalah seperti berikut :
Mengklasifikasi BMI
Jika BMI :-
Bila anda dikira kurang berat badan?
Anda dianggap kurang berat badan sekiranya BMI anda kurang daripada 18.5 kg/m². Apakah kesan kurang berat badan? Sudah tentu anda akan mengalami masalah kesihatan. Antaranya boleh dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh badan terhadap penyakit, anemia, kemurungan, keletihan (kronik) dan lain-lain lagi.
Cara menambah berat badan
Tetapkan sasaran anda untuk menambah 1 hingga 2 kilogram sebulan. Ia bertujuan ke arah sasaran BMI 18.5 hingga 24.9.
Untuk itu, pastikan anda kawal berat badan secara sihat dengan cara :-
Apa yang dikatakan berat badan unggul?
Anda mempunyai berat badan yang unggul sekiranya BMI diantara 18.5 hingga 24.9. Kajian mendapati individu dengan berat badan yang unggul mempunyai jangka hayat yang tinggi berbanding BMI yang rendah atau lebih tinggi darinya. Jadi bagaiamana nak kekal berat badan yang ideal atau unggul? Cara mengekalkan berat badan yang unggul atau ideal :-
Bagaimana anda dikatakan mempunyai berat badan berlebihan?
Anda dianggap mempunyai mempunyai berat badan berlebihan sekiranya BMI adalah diantara 25 hingga kurang 30. Manakala anda mempunyai berat badan yang obes sekiranya BMI 30 dan lebih.
Bagaiamana cara menurunkan berat badan?
Amalkan pemakanan yang sihat. Ingat, jangan cuba menyekat diri untuk tidak makan atau menahan lapar sekiranya anda sangat lapar. Cara diet yang sebegini boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang kemudaratan kepada kesihatan anda. Amalkan cara diet yang betul, semoga anda mendapat berat badan yang unggul selalu.
BMI adalah satu ukuran menilai jisim badan berbanding ketinggian
Bagaimana kira BMI?
Cara kira BMI :-
- Bahagikan berat badan anda (dalam kilogram) dengan ketinggian anda (dalam meter).
- Bahagikan jawapan di atas dengan ketinggian anda (sekali lagi) untuk mendapatkan BMI anda.
Oleh itu formula Indeks Jisim Tubuh badan (BMI) adalah seperti berikut :
- BMI (kg/m²) = Berat / Ketinggian²
Mengklasifikasi BMI
Jika BMI :-
- < 18.5 (Kurang berat badan)
- 18.5 - 24.9 (Mempunyai berat badan yang unggul (ideal))
- 25 - 30 (Berlebihan berat badan)
- 30 atau lebih (Obesiti)
Bila anda dikira kurang berat badan?
Anda dianggap kurang berat badan sekiranya BMI anda kurang daripada 18.5 kg/m². Apakah kesan kurang berat badan? Sudah tentu anda akan mengalami masalah kesihatan. Antaranya boleh dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh badan terhadap penyakit, anemia, kemurungan, keletihan (kronik) dan lain-lain lagi.
Cara menambah berat badan
Tetapkan sasaran anda untuk menambah 1 hingga 2 kilogram sebulan. Ia bertujuan ke arah sasaran BMI 18.5 hingga 24.9.
Untuk itu, pastikan anda kawal berat badan secara sihat dengan cara :-
- Amalkan cara makan yang sihat (sila rujuk Piramid Makanan Malaysia),
- Makan ikut waktu yang ditetapkan,
- Pastikan anda mengambil lebih makanan yang berkhasiat mengikut perancangan awal pemakanan anda,
- Makan snek yang padat dan penuh nutrien bertujuan menambah kalori, mineral dan vitamin,
- Susun jadul aktiviti fizikal anda setaraf dengan keperluan tenaga anda.
Apa yang dikatakan berat badan unggul?
Anda mempunyai berat badan yang unggul sekiranya BMI diantara 18.5 hingga 24.9. Kajian mendapati individu dengan berat badan yang unggul mempunyai jangka hayat yang tinggi berbanding BMI yang rendah atau lebih tinggi darinya. Jadi bagaiamana nak kekal berat badan yang ideal atau unggul? Cara mengekalkan berat badan yang unggul atau ideal :-
- Pengambilan makanan dan aktiviti fizikal mesti seimbang.
- Laksanakan banyak aktiviti fizikal sesuai dengan umur anda.
- Tentukan keperluan tenaga anda.
Bagaimana anda dikatakan mempunyai berat badan berlebihan?
Anda dianggap mempunyai mempunyai berat badan berlebihan sekiranya BMI adalah diantara 25 hingga kurang 30. Manakala anda mempunyai berat badan yang obes sekiranya BMI 30 dan lebih.
Bagaiamana cara menurunkan berat badan?
- Makan secara sihat iaitu sederhana (rujuk Piramid Makanan Malaysia).
- Kurang makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega, keju, daging (berlemak), sos salad, pastri, kek dan lain-lain lagi.
- Rancang keperluan tenaga anda.
- Buat beberapa perubahan dalam diet anda
- Tetapkan sasaran turun berat badan mingguan
- Elak makan dan minum semasa melihat televisyen atau membaca buku atau surat khabar.
- Buat senaman seperti berjalan laju, berenang atau berbasikal minima 60 minit sehari.
- Berjumpa pakar makanan untuk mendapat informasi berkaitan pengurusan berat badan anda.
- Berjumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang boleh menyumbang ke arah berat badan yang berlebihan.
- Dapatkan sokongan keluarga, kawan-kawan dalam bentuk kumpulan sokongan yang positif terhadap berat badan yang ideal.
Amalkan pemakanan yang sihat. Ingat, jangan cuba menyekat diri untuk tidak makan atau menahan lapar sekiranya anda sangat lapar. Cara diet yang sebegini boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang kemudaratan kepada kesihatan anda. Amalkan cara diet yang betul, semoga anda mendapat berat badan yang unggul selalu.
0 Komentar untuk "Cara kira berat badan yang ideal"