Padam facebook guna telefon - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Padam facebook guna telefon



Sekiranya anda menggunakan facebook di Android, bolehlah menggunakan cara ini untuk padam facebook di telefon.

Sebelum anda memadam akaun facebook anda, silalah buat salinan data penting dalam bentuk informasi atau foto di facebook yang hendak dipadamkan. Untuk menyimpan data penting tersebut, sila klik di sini (dalam proses). Jika tidak berminat, sila abaikan langkah ini.

Cara padam facebook guna telefon

1. Langkah pertama, log masuk ke akaun facebook guna telefon bimbit anda.

2. Cari dan klik butang sebelah kanan sekali yang ada simbol '3 line'.





3.  Skrol ke bawah cari butang Settings & Privacy. Klik butang tersebut.


 4. Klik butang Settings di bawah Settings & Privacy tersebut.

 
5. Skrol ke bawah dan cari segmen Your Facebook Information. Pilih dan klik Account Ownership and Control.  



 

 6. Pilih dan klik Deactivation and Deletion.

 
7. Pilih dan klik Delete Account. Seterusnya klik butang Continue to Account Deactivation di bahagian bawah paparan telefon bimbit anda.

 

8. Skrol ke bawah dan klik butang Delete Account.



 

9. Masukkan Kata Laluan facebook anda dan tekan butang Continue dan tekan butang Delete Account.

10. Selesai. Anda diberi 30 hari untuk waktu bertenang. Anda tidak dibenarkan mengakses akaun facebook tersebut. Tetapi sekiranya anda ingin membatalkan padam akaun facebook guna telefon tersebut, bolehlah mengakses masuk akaun facebook tersebut dan pilih dan klik butang Cancel Deletion.  Jadi akaun anda selamat digunakan semula.

0 Komentar untuk "Padam facebook guna telefon"


Back To Top