Lihat cara lajukan hp android anda - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Lihat cara lajukan hp android anda


1. Kurang atau Kosongkan ruang storan telefon


Semua gambar, video dan aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon pintar akan memakan ruang. Ini boleh menyempitkan ruang dan sukar untuk 'bernafas'. Ini menyebabkan telefon pintar akan menjadi perlahan dan tidak lancar. 



Untuk menyemak berapa ruang storan telefon bimbit anda, sila ke Setting dan pilih storage space / storage setting. Cara mudah untuk mengosongkan ruang, bolehlah nyahpasang (uninstall) aplikasi yang tidak penting, padam gambar-gambar & mesej dan video yang tidak berkenaan dan berkenan.


2. Pastikan perisian anda adalah terkini

 

Anda akan didatangi dengna peringatan sila kemas kini perisian-perisian di dalam telefon pintar anda. Jangan abaikan pemberitahuan ini. Ini kerana kemas kini tidak semesti berkaitan penambahan ciri-ciri aplikasi tetapi adalah penting untuk bug-fixes dan meningkat prestasi operasi peranti anda.


3. Hentikan widget yang kurang aktif

Terdapat aplikasi yang running dalam telefon pintar anda tetapi tidak diperlukan sangat. Di sini bolehlah dipertimbangkan untuk dihentikan widget tersebut.

Sekiranya anda inginkan kesemua widget tersebut running, tiada masalah tetapi perlulah memilih aplikasi yang diperlukan sahaja kerana terlalu banyak widgets akan melambatkan telefon tersebut.

Cari dan klik More Setting - Application - Running dan pilih aplikasi yang kurang diperlukan, tekan butang Stop.


4. Padam mesej


Semak dan padam mesej pada whatsapp, telegram dan instagram anda. Bagi aplikasi Whatsapp. klik pada nama tertera sama ada individu dan kumpulan, pilih Media visibility klik No dan seterusnya tekan butang OK.


Pada aplikasi Telegram, klik pada nama atau kumpulan anda pilih, tekan simbol 3 titik di penjuru atas sebelah kanan telefon. Seterusnya klik Clear history untuk memadam semua data dalam telegram tersebut.

5. Restart telefon pintar anda


Sila restart peranti anda. Dengan cara ini dapat memadam cache aplikasi yang tidak diperlukan (stop).


6. Padam semua data




Untuk tujuan ini, sila ke Setting - More settings - Backup & Reset, pilih Erase All Data. Apabila anda memilih opsyen ini, semua data aplikasi akan dipadam dengan sekali klik sahaja.

1 Komentar untuk "Lihat cara lajukan hp android anda"

Admin izin promo ya^^
Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g


Back To Top