10 Negara Sistem Pendidikan Terbaik Dunia - Beritahu

Informasi segenap lapisan

10 Negara Sistem Pendidikan Terbaik Dunia


Pendidikan adalah sangat penting bagi seseorang individu dan masyarakat. Pendidikan tidak mengira di mana sahaja berada kerana ia sangat berkait rapat dengan pengetahuan seseorang itu.



Pendidikan abad ke-21 (PAK 21) adalaah satu zaman pendidikan alaf baru yang membantu murid sebagai individu untuk memahami erti ketamadunan dan peranan mereka sebagai bangsa bertamadun. Namun ia bergantung kepada faktor geografi, lain negara berbeza tahap sistem pendidikannya.

Di bawah ini merupakan senarai 20 Negara dengan Sistem Pendidikan Terbaik Dunia dengan latar belakang pendidikan yang berbeza  dalam peringkat melalui tinjauan tahunan.



1.Finland

Finland kekal sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia. Negara ini menjadi perhatian seluruh sejak tahun 2000 dan telah terbukti keberkesanannya pada tahun 2018.

Pada tahun 2017, Finland gah di depan walaupun 5 perimeter ditambah untuk mengkategorikan sistem pendidikan terbaik dunia. Finland telah berjaya melaksanakannya dengan prestasi terbaik dan ini memberi persaingan kuat kepada Negara Korea Selatan dan Jepun yang lebih tinggi dan sebagai penunjuk dari aspek :-

  • Nisbah guru kepada murid
  • Bilangan murid yang lulus di sekolah rendah
  • Bilangan murid yang lulus di sekolah menengah



2. Jepun

Cabaran kuat dari Korea Selatan dan negara lain, tidak dapat menggugat kedudukan Jepun untuk kekal kedua terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Penunjuk utama yang telah menyumbang kepada kejayaannya adalah perkembagan pemahaman murid berumur 5 hingga 14 tahun.


3. Korea Selatan

Sebagai negara pencabar kepada Jepun, Korea Selatan telah berjaya mengekalkan posisi ketiga terbaik. Ia memberi saingan kuat kepada Jepun yang berada di kedudukan kedua terbaik dunia.



Seperti Jepun, Korea Selatan juga bekerja keras dalam perkembangan murid dari umur 5 hingga 14 tahun. Sebagai pengukur, negara Korea Selatan sentiasa menjadi pesaing terkuat Jepun. Ia terpisah kerana hilang beberapa petunjuk sahaja.

Tinjauan mendapati beberap penunjuk yang berikut telah menafikan kedudukan mereka di tempat kedua terbaik :-

  • Kegagalan mencapai tahap lulus ujian untuk menengah atas (dikira setiap tahun)
  • Kegagalan mencapai tahap minima murid lulus ujian (dikira setiap tahun)



4. Denmark

Walaupun bukan kedudukan negara yang diraikan dalam tinjauan tetapi sistem pendidikan sangat maju dikalangan elit.

Denmark berjaya meningkatkan kedudukan di tangga keempat selepas lulus lima petunjuk yang baru dimasukkan. Ia melonjak dari tangga ke-8 ke tangga ke-8.

Penunjuk yang telah membawa kenaikan kedudukan ialah peningkatan nisbah kadar guru-murid untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.



5. Rusia

Negara Rusia menyediakan ruang kerja terbaik untuk muridnya. Ini ditambah lagi dengan kejayaan mereka meningkatkan kadar nisbah guru kepada murid sebagai lulus aras penunjuk yang telah ditetapkan.

Rusia mempunyai kadar nisbah 1 guru kepada lebih kurang 9 murid.


6. Norway

Awal suku pertama tahun ini, Norway berkedudukan ke-16 dunia. Peningkatan dan perubahan ketara dalam sistem pendidikannya, telah melonjakkannya mereka ke tangga ke-6. Nisbah guru kepada murid bersamaan 1 kepada 10. Ini setanding dengan Jepun dan Rusia.



7. United Kingdom

Negara ini telah menunjukkan persaingan hebat kepada 5 petunjuk baru yang dinyatakan. Namun kerana terdapat sedikit konflik semasa diantara kerajaan dan guru, ia menghuni tangga ke-7.

Prestasi semasa ini boleh diperbaiki sekiranya kerajaannya dapat mengendalikan situasi semasa seperti memberi gaji yang lebih baik kepada guru, meningkatan sokongan kelas kepada murid dan memberikan melengkapkan kelas dengan kemudahan pendidikan terkini moden.


8. Israel

Ia menghuni tangga kelapan terbaik. Namun dari segi perkembangan pendidikan anak-anak ia sangat maju. Ia menambahbaik pembangunan kanak-kanak dari tahun ke setahun sehingga berjaya berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan kanak-kanak.

Walaupun kadar daftar murid di sekolah rendah dan tamat pengajian menunjukkan peningkatan tetapi ia belum gah untuk Israel merebut kedudukan liam terbaik pada tahun hadapan.



9. Sweden

Negara ini telah menunjukkan peningkatan sistem pendidikan yang hebat selain Finland, Denmark dan Norway. Ia berjaya menunjukkan prestasi yang baik dari tahun 2015 hingga 2018. Dari segi pendaftaran murid berumur 15 hingga 18 tahun ia menghuni kedudukan ketiga terbaik dunia.

Sungguhpun demikian, Sweden perlu bekerja keras untuk meningkatkan kedudukan teratas dalam lima terbaik.



10. Hong Kong

Tahun lepas, Hong Kong menduduki tangga ke-14 dunia. Hasil kerja keras untuk memenuhi penunjuk utama, kini telah berjaya naik 4 anak tangga, ke-10 terbaik dunia.



Dikalangan Negara Asia Tenggara, Singapura adalah yang terbaik. Singapura berada di tangga ke 15 dunia. Kejayaan Singapura dalam mengekalkan negara ujian terbaik dunia, kedudukannya adalah tertinggi di peringkat antarabangsa. Ini termasuklah pendidikan berkualiti mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan membaca pada tahun 2016. Manakala Malaysia menghuni tangga ke 19 terbaik dunia. dan kedua terbaik Asia Tenggara selepas Singapura.

Penyenaraian 10 Negara dengan Sistem Pendidikan Terbaik Dunia ini dilakukan berdasarkan penunjuk tertentu dan tinjauan terkini yang dijalankan di seluruh dunia. Sekiranya anda mempunyai soalan, bolehlah meninggalkan komen di bawah.




Sumber rujukan : https://www.edsys.in/best-education-system-in-the-world/
1 Komentar untuk "10 Negara Sistem Pendidikan Terbaik Dunia"

Segera 9abung bersama saya.. (upd4te 8ett1n9)
Proses cepat, aman dan terpercaya..


Back To Top