Nasi goreng sedap dan sure sehat tanpa minyak - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Nasi goreng sedap dan sure sehat tanpa minyak


Resepi ini dicipta sempena menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan memakan makanan yang boleh menambahkan lemak dan berkolesterol yang banyak dalam badan kita. Yang paling penting adalah untuk menjaga kesihatan diri daripada memakan banyak bahan berminyak dan berlemak. Justeru itu terciptalah resepi nasi goreng sedap dan sehat tanpa minyak ini.


Baiklah resepi ini saya buat untuk dimakan oleh 5 hingga 7 orang.
 

Bahan-bahan yang diperlukan :-



  • Nasi putih
  • 5 biji telur ayam
  • Sebiji bawang besar dipotong kecil
  • 7 biji bawang putih dipotong dadu
  • 5-7 helai daun limau purut (dipotong senipis-nipisnya)
  • Sebatang serai dihiris nipis menegak
  • Air lemon (perah 1/2 biji Lemon)
  • 41 biji kismis

  • Garam secukup rasa
  • Semangkuk kecil sos cili (mangkuk sambal belacan sahaja)
  • Semangkuk kecil kicap (mangkuk sambal belacan sahaja)
  • 3 sudu besar sos tiram



Cara memasak

  1. Pecahkan 5 biji telur satu persatu, ambil putih telur sahaja. Bubuh secubit garam dan gaul sehingga rata.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan terus putih telur tadi. Kalau sehingga hancur. Kemudian keluarkan dan masukkan dalam pinggan terlebih dahulu, pastikan ia hampir masak sudah memadai seperti telur masak scramble.
  3. Panaskan api, masukkan terus bawang besar, bawang putih, hirisan serai, daun limau purut tadi. Kacau sebati lebih kurang 3 minit.


  4. Seterusnya masukkan sos cili, kicap dan sos tiram ke dalam kuali, gaulkan sehingga 3 hingga 4 minit.
  5. Masukkan nasi putih ke dalam kuali. Gaulkan sama rata dalam beberapa minit.
  6. Kemudian masukkan telur masak scramble ke dalam kuali dan gaul sama rata.
  7. Akhir sekaii masukkan kismis dan air lemon ke dalam kuali, gaul sehingga sebati dalam beberapa minit.


Ok nasi goreng sedap dan sehat tanpa minyak sudah siap sedia untuk dihidang. Sedap lagi kalau dihidang bersama segelas air teh panas. Sekian terima kasih. Selamat mencuba.


2 Komentar untuk "Nasi goreng sedap dan sure sehat tanpa minyak"

Ragu sama k0mun1ta$ b0L4 aBaL-aBaL.?
D1sini saja, dijamin 4man dan terpercay@.. m3nan9 b3rap4pun p4st1 kam1 proseskan..!!

Tak lekat ke tak guna minyak?


Back To Top