Zaman sekarang adalah zaman teknologi mobiliti. Kita boleh melihat di mana-mana keadaan dan tempat, telefon bimbit menjadi rakan baik setiap manusia.
Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar menggunakan teknologi komunikasi pintar dan canggih masa kini. Kalau dahulu dengan memilikinya melambangkan kemewahan seseorang, tetapi kini ia sudah menjadi satu keperluan manusia.
Saban hari, kadar kemalangan di Malaysia semakin meningkat. Ia sebenarnya menjadi kebimbangan masyarakat, apabila salah satu punca kemalangan jalan raya adalah penggunaan telefon bimbit ketika memandu.
Memandu sebelah tangan sambil memegang telefon bimbit adalah sangat merbahaya. Bayangkan ketika anda membuka dan membaca whatapps pada telefon bimbit, tiba-tiba seekor kucing melintas jalan, apa reaksi spontan anda? Keadan spontan ini akan mengundang dua kali bahaya kepada anda berbanding anda memandu tanpa telefon bimbit di tangan. Ini kerana anda akan merasa sangat terkejut dan boleh menyebabkan tindakan luar kawalan. Dan keadaan ini lebih berbahaya kepada kenderaan bermotosikal.
Kereta dan motorsikal, masing-masing menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan di Malaysia. Tahun lepas sahaja satu daripada empat kemalangan yang berlaku berpunca daripada penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Maknanya 25% kadar kemalangan disebabkan oleh telefon bimbit.
Walaupun terdapat undang-undang ketat mengenai penggunaannya semasa memandu, tetapi ia tidak dihiraukan selagi wang poket tidak menyumbang untuk membayar saman. Pendek kata, kena saman baru tahu. Tapi seterusnya tetap tidak akan serik.
Dalam hal ini, adakah terdapat cara selamat atau bagaimana cara selamat menggunakan telefon bimbit semasa memandu?
Baiklah kalau tidak keberatan mari kita memahami cara-cara selamat menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
1. Menggunakan alat hands free ear phone.
Dengan cara ini, kedua-dua belah tangan boleh memegang stering dengan sempurna. Ini tidak memerlukan tangan untuk memegang telefon sambil memandu. Cukup sekadar bercakap dan memandu. Namun di India, penggunaan alat earphone ini diharamkan kerana ia fokus pemanduan terganggu kerana buat dua kerja dalam satu waktu semasa memandu adalah berbahaya.
2. Mendapatkan bantuan kawan untuk memegang telefon bimbit.
Sekiranya anda membawa penumpang, bolehlah memintanya untuk memegangkan telefon tersebut dan gunakan loud speaker untuk bertutur. Dengan cara ini anda masih boleh bersembang tetapi memohon bantuan orang lain. Tapi dikhuatiri jika terlalu lama, orang itu kelenguhan tangan dan bosan.
3. Menyambung line telefon ke aplikasi bluetooth pada radio kereta.
Terkini kebanyakan kereta jenama Honda, Toyota, Nissan ada dilengkapi dengan kemudahan aplikasi bluetooth ini. Cara menyambungkan aplikasi bluetooth telefon bimbit ke radia kereta ini hendaklah dengan membaca manual kereta tersebut kerana setiap kereta tidak sama. Dengan memilih setting bluetooth pada telefon dan juga radio kereta, anda akan dapat bercakap terus tanpa perlu meletakkan telefon bimbit di telinga. Ia seolah-olah anda berbual dengan seseorang dalam radio.
4. Wakilkan penumpang untuk menyembang bagi pihak anda.
Ini adalah cara paling selamat. Anda menyerahkan telefon bimbit kepada penumpang kereta untuk bercakap bagi pihak anda. Jika terdapat soalan, penumpang tersebut akan bertanya anda. Segala percakapan boleh direkodkan, agar anda boleh mendengar semula apa yang dibual sebentar tadi.
Baiklah cukup rasanya empat tips bagaimana menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Ini penting kerana telefon bimbit adalah rakan kita walau ke mana kita pergi sehingga ke bilik air sekalipun.
Seharian, kita telah menghabiskan banyak masa dengan telefon bimbit berbanding manusia. Oleh itu perlu muhasabah diri agar tidak terlalu menggunakan banyak masa bersama telefon bimbit berbanding manusia. Sebaik-baiknya elakkan daripada membuka gajet ini semasa memandu melainkan telefon masuk yang penting. Semoga ini dapat membantu anda. Beringat sebelum terkena.
1 Komentar untuk "Tips bagaimana menggunakan telefon bimbit ketika memandu"
Segera 9abung bersama saya.. (upd4te 8ett1n9)
Proses cepat, aman dan terpercaya..