Marilah luangkan masa sejenak - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Marilah luangkan masa sejenak

Taubat nasuha


Taubat nasuha...
Itulah sebaik2nya taubat...
Pernah aku cakap pada dirimu dahulu
Tapi mungkin engkau telah melupainya..


Taubatlah..dengan sebenar2nya taubat
Jangan ingat untuk melakukan kesilapan lalu semula
Kerana pasti kita akan hanyut dari alam yang nyata
Ibilis dan syaitan makhluk laknat sentiasa mencari peluang
Agar dosa kita tidak berhenti setakat itu sahaja..


Ingatlah, Iblis laknatullah pernah berjanji pada Ilahi
Keizinan Allah untuk dia hidup sehingga hari kiamat..
"Kau akan dapati hanya sedikit sahaja hambaMu yang akan ke syurga"
Itu janji Iblis kepada Allah

Oleh itu aku menyeru kepada diri dan seluruh sahabat2 sekalian
Marilah sama-sama berusaha dan menyerahkan diri
Hanya kepada Allah dengan sebenar2nya takwa kepadaNya
Mintalah ampun dan terus berdoa kepadaNya...
Semoga Allah menerima dan mendengar doa dan taubat kita
Taubatlah dengan sebenar-benarnya bertaubat
Sehebat kau akan mati seketika nanti..

1 Komentar untuk "Marilah luangkan masa sejenak"

Ayo bagi yang mau gabung .... kami agen game online ya ...
yang hobby main game merapat yuk ...
salam admin F4n5 :)


Back To Top