Peperiksaan vs Bolasepak - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Peperiksaan vs Bolasepak


Hari ini murid tahun enam seluruh Malaysia menduduki peperiksaan Ujian Pendidikan Sekolah Rendah (UPSR), bermula 4 hingga 11 September 2019. Minggu ini juga tumpuan terarah kepada satu perlawanan yang penting iaitu Bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar dan Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang Indonesia.




1. Malaysia vs Indonesia

Perlawanan diibarat kawan serumpun ini dilangsungkan pada Khamis, 05 September 2019 mulai jam 8.00 malam (waktu Malaysia). Kelebihan seharusnya ditampil oleh pasukan Garuda apabila Stadium Gelora Bung Karno menjadi detik ulangan pertemuan Malaysia Indonesia selepas kali terakhir Sukan Sea 2011. Pada waktu itu stadium dikepung dengan ribuan penyokong fanatik Indonesia menyebabkan Harimau Malaya terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda tentera untuk balik ke hotel selepas perlawanan.


Farizal Marlias, penjaga gol Harimau Malaya mengharap rakan seperjuangan dapat menyerap tekanan yang akan hadir bersama ribuan penyokong fanatik Indonesia pada aksi pertama jadual Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam esok. Dengan muatan 80,000 kapasiti penonton, Stadium Gelora Bung Karno sudah pasti dibanjiri penyokong tegar Garuda.



Dari segi mental, ia seolah-olah pergi berperang padahal hanya bermain bola sepak sahaja. Diharap Harimau Malaya akan bertambah kental menghadapi perlawanan ini dan merasakan tekanan yang dirasai sebagai kekuatan dan lebih yakin untuk mereka mengharungi 90 minit nanti. Cuma kehadiran beberapa pemain Indonesia dalam Liga Malaysia sedikit sebanyak mampu menjadi perisik Harimau Malaya nanti.


Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan anak buahnya mampu mengatasi Indonesia dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu nanti dan baginya tiada apa yang mustahil untuk mencapai keputusan yang positif malam esok.




2. Pelancaran logo Piala Dunia 2022

Qatar melancarkan logo Piala Dunia 2022 yang dihosnya pada tahun 2022. Ia dipapar di ruang awam Bandaraya Doha dan seluruh bandaraya dunia pada 03 September 2019, hari Selasa yang lalu.


Rekaan berbentuk selendang putih uniseks Arab membentuk angka lapan dengan corak merah maroon latar belakangnya, bermaksud infiniti di atas kata-kata "Piala Dunia FIFA Qatar 2022".


3. Wan Kuzain akhirnya setuju

Wan Kuzain seorang pemain bola sepak sensasi yang sedang meningkat naik di Amerika Syarikat. Beliau telah bersetuju untuk mewakili Malaysia.

Sebelum ini pihak FAM pernah menjemput beliau untuk mewakili negara namun pemain tengah Kelab Sporting Kansas City memilih untuk memberi fokus kepada kelab bola sepaknya di sana. Hanya baru-baru ini Wan Kuzain Wan Kamal, 20 tahun memberi lampu hijau untuk menyarung jersi kebangsaan kita. Perkara ini disahkan oleh Dato' Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM Malaysia.


Wan Kuzain telah menghubungi Datuk Ong Kim Swee, ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara untuk menyatakan hasrat mewakili Malaysia selewat-lewatnya untuk temasya Sukan SEA November ini di Filipina.



Persiapan untuk membawanya pulang sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 diantara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September ini adalah sukar kerana beliau sedang bermain dalam saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat.

Semoga dengan kehadiran Wan Kuzain akan memberi impak positif kepada Harimau Malaya Bawah 22 tahun nanti.
1 Komentar untuk "Peperiksaan vs Bolasepak"

T3rpercay4, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
Gabung dengan kami (upd4te 8ett1n9) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.


Back To Top