Jerebu belum habis, yang lain sudah menunggu pula - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Jerebu belum habis, yang lain sudah menunggu pula


Isu jerebu di Malaysia masih berlarutan sehingga kini semenjak Ogos 2019, kesibukan pegawai-pegawai Bomba dan Penyelamat ini akan berterusan kepada satu bencana alam yang seterusnya iaitu banjir.



Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan bahawa amaran hujan lebat akan melanda Malaysia dengan keadaan perubahan monsun yang akan datang mulai esok, 24 September.


Sehubungan itu, persiapan menghadapi banjir akan dibentuk dengan melibatkan 14 000 kakitangan seluruh negara untuk menghadapi kemungkinan hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan oleh MET Malaysia bermula dari sekarang hingga awal November ini.


Antara kawasan terjejas termasuk Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Pantai Barat Sabah, kawasan Tengah dan Barat Sarawak dan Borneo.


Fenomena hujan lebat di kawasan bandar dan luar bandar ini adalah perkara biasa. Di Kuala Lumpur fenomena banjir kilat adalah tidak asing dengan keadaan jalan dipenuhi air dalam beberapa minit.


Sungguh hal demikian isu banjir ini belum berlaku lagi, negara kita masih bergolak dengan masalah jerebu yang berlarutan di kebanyakan kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia selama beberapa minggu lalu. Ini benar-benar menguji kesabaran masyarakat kita untuk kelangsungan hidup yang sukar.


Sehingga kini 40 kawasan di seluruh negara masih diklasifikasikan sebagai kawasan kualiti udara tidak sihat dengan Johan Setia, Klang kekal tinggi dengan bacaan indeks 213.

Ia seolah-olah seperti sudah batuk ditimpa tangga kerana kita tidak akan dapat berehat sebentar. Oleh itu sentiasa pastikan diri dan keluarga sentiasa dalam berjaga-jaga dan kekal selamat.J
1 Komentar untuk "Jerebu belum habis, yang lain sudah menunggu pula"

Izin promo ya min^^
Begadang? Gak bisa tidur? Mari d4ftar dan begadan9 b3rsam4 kami di upd4te 8ett1n9..


Back To Top