Mengapa stres?? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Mengapa stres??


Hari-hari kerja. Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya, kerja dan terus bekerja. Yang seronoknya Sabtu pun kerja. Ahad kadang-kala pun kerja, itu  pun kalau terpaksa 'overtime'. Pendek kata, hidup untuk kerja.



Dalam suatu keluarga, seseorang mesti bekerja, kalau tidak, terpaksalah minta ehsan dari luar untuk menyara keluarga. Kita kategorikan di sini keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Ayah sebagai pemimpin mesti bekerja. Kalau tidak, ibulah yang bekerja. Trends sekarang ramai ibu yang bekerja. Atas alasan gaji suami tidak cukup, ingin membantu suami atau ingin mencari wang lebih untuk diri atau keluarga.

Masa kita boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bekerja dan keluarga. Lebih kurang 70% untuk kerja dan 30% untuk keluarga. Majoriti Isnin hingga Jumaat, kita habiskan masa untuk bekerja. Lepas itu balik rumah, mandi, makan dan tidur. Adakah kurang aktiviti di rumah ini menyebabkan kita tiada masa untuk anak-anak? Mungkin terlalu penat bekerja di siang hari menyebabkan malamnya sepi.


Rumusan bancian terkini, seluruh dunia mengalami stres atau tekanan diri yang semakin menakutkan. Hampir semua sektor mengalami tekanan dalam paten meningkat. Ini menggusarkan kita kerana sudah pasti stres boleh memberi kesan produktiviti atau mengganggu kualiti kerja. Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh membawa padah pada diri sendiri.



Cuba anda cari atau fikirkan bagaimana menanggani stres dalam diri. Sekiranya anda diberi pilihan, antara majikan dan pekerja, yang mana lebih stres? Jika anda rasa jawatan atau kerja yang sedang anda alami adalah sangat stres, ada dua opsyen untuk anda iaitu sama ada tukar bahagian atau minta berhenti cari kerja lain. Jangan terfikir hendak naik jadi majikan atau bos pula.

Apa sahaja pekerjaan, ada tekanan. Jika dari awal hidup, boleh memilih, pilihlah kerja yang mempunyai risiko stres yang paling minima. Jika sudah lama bekerja, cuba uruskan stres dengan sebaik mungkin.


Lagi besar pangkat seseorang lagi banyak beban atau arahan tugas yang mesti dipikul oleh kita. Bayangkan dalam satu hari anda ada lima tugas yang mesti dilaksanakan. Sila uruskannya mengikut masa dan keutamaan. Contohnya bekerja sebagai pembantu pejabat, hari ini anda diarahkan membuat banyak salinan dokumen (guna mesin fotokopi), menghantar surat ke pejabat pos dan ke pejabat penghulu, menyiapkan air minuman untuk tetamu majikan jam 11 pagi, melayan telefon masuk dan menjadi pemandu majikan ke mesyuarat di RTC nanti.



Lihat lima tugasan di atas ikut keutamaan dan masanya. Buat catatan ringkas apa yang hendak dibuat dari awal pagi hingga ke petang. Laksanakan yang mana boleh dilakukan pada sebelah pagi. Biasanya menghantar surat ke pejabat pos dan pejabat penghulu boleh dilakukan sebelum waktu rehat tengahari atau sebelah petang dan mungkin menjadi pemandu majikan ke mesyuarat di RTC, kebiasaannya (tunggu arahan majikan).


Sebagai seorang buruh binaan pula, stress melibatkan kudrat fizikal. Anda dikehendaki menyiapkan suatu bahagian dalam suatu bangunan selewat-lewat petang ini, bagaimana anda menguruskan tekanan seandainya tiga dari lima buruh tidak datang bekerja hari ini?? Sedangkan bahagian tersebut baru siap 40%. Itupun ambil masa dua hari bersama empat rakan sekerja yang lain untuk menyiapkannya. Memang stres.



Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Untuk mengatasi suatu masalah, mesti leraikan setiap komponen-komponen permasalahan dan selesaikan mengikut hints leraian tersebut. Contohnya kereta anda rosak tiba-tiba di suatu jalan. Cuba lihat komponen leraian permasalahan ini. Apa sebab rosak? Cuba hidupkan enjin. Kalau tidak berhasil, semak minyak kereta secara manual, ada atau tidak. Kalau ada, langkah seterusnya buka bonet enjin kereta. Sekali lagi cuba hidupkan enjin kereta, lihat enjin. Kalau tak tahu, akhir sekali panggil mekanik kereta. Selesai.

Leraikan setiap masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Cuba lihat setiap komponen dan perkaitannya antara satu sama lain. Di sini pasti ada penyelesaiannya. 

Baiklah untuk seterusnya sila baca punca tekanan dan cara menanggani stress di sini, KLIK DI SINI (Coming soon).


1 Komentar untuk "Mengapa stres??"

Admin numpang promo ya.. :)
cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
banyak kejutan menanti para temen sekalian
cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
F4ns Bett1ng

"JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^


Back To Top